Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

DPM Wong sampaikan Belanjawan 2024 pada 16 Feb

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong sampaikan Belanjawan 2024 pada 16 Feb

Feb 01, 2024 | 06:53 PM



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan menyampaikan kenyataan Belanjawan 2024 di Parlimen pada 16 Februari, mulai 3.30 petang.

Kementerian Kewangan (MOF), unit maklum balas pemerintah Reach dan Persatuan Rakyat (PA), dalam satu kenyataan bersama pada 1 Februari, berkata Belanjawan akan disiarkan secara langsung di saluran TV percuma dan media tempatan seperti Channel 5 dan meWATCH.

Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf) akan menyediakan alih bahasa isyarat serentak bagi Ucapan Belanjawan di Channel 5.

Kenyataan Belanjawan akan disiarkan di laman web www.singaporebudget.gov.sg selepas ucapan itu, dengan maklumat terkini tentang pengumuman utama bakal diterbitkan di wadah media sosial MOF.

MOF dan pelbagai agensi, termasuk Reach dan PA, telah mendekati orang awam sebelum Belanjawan 2024 sejak Disember 2023.

Orang ramai yang ingin mengutarakan pandangan mereka tentang Belanjawan 2024 boleh berbuat demikian melalui laman web Belanjawan Singapura (www.singaporebudget.gov.sg), laman web Reach (www.reach.gov.sg/budget2024) atau Facebook dan Instagram Reach Singapore.

Di samping itu, Reach juga akan mengadakan dua sesi perbincangan secara fizikal mengenai Belanjawan – satu dalam bahasa Inggeris pada 23 Februari dan satu dalam bahasa Mandarin pada 13 Mac nanti.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah, dan Pengerusi Reach yang juga Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How, akan menyertai perbincangan itu berkongsi pandangan mereka pada 23 Februari.

Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Kedua Kewangan, Encik Chee Hong Tat, dan Timbalan Pengerusi Reach yang juga Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Encik Eric Chua, akan menyertai sesi perbincangan dan perkongsian selanjutnya pada 13 Mac.

Berikutan pengumuman Belanjawan pada 16 Februari 2024, Reach juga akan menganjurkan beberapa sesi bagi membolehkan orang ramai berkongsi pandangan mereka mengenai Belanjawan 2024.

Ini termasuk menyediakan reruai untuk rakyat Singapura mendapatkan maklumat dan memberi maklum balas tentang dasar pemerintah di kawasan sibuk di Singapura.

Reach akan menganjurkan siri rancangan sembang di radio dan ‘podcast’ yang menampilkan anggota Panel Penasihat Reach.

Butiran lanjut akan tersedia di laman Belanjawan Reach 2024 bagi membolehkan orang ramai berkongsi maklum balas mereka tentang Belanjawan 2024.

Persatuan Rakyat (PA) dan pertubuhan akar umbinya akan menganjurkan sesi dialog selepas pengumuman Belanjawan untuk melibatkan penduduk.

Mereka yang berminat untuk hadir boleh membuat pendaftaran di https://go.gov.sg/postbudget24 sehingga 12 tengah hari 1 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >