Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

DPM Wong: Pertumbuhan ekon demi masa depan lebih baik warga S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: Pertumbuhan ekon demi masa depan lebih baik warga S’pura

Feb 28, 2024 | 06:44 PM



Singapura mengejar pertumbuhan ekonomi agar warga Singapura dapat memperoleh masa depan lebih baik.

Bahkan, memastikan pertumbuhan ekonomi juga adalah tentang bagaimana Singapura kekal relevan, menambah nilai kepada dunia dan mencari rezeki untuk diri kita sendiri.

Membentangkan rancangan pemerintah untuk mencapai pertumbuhan antara 2 dengan 3 peratus setiap tahun dalam dekad yang akan datang, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong berkata:

“Realitinya ialah Singapura akan sentiasa merupakan titik merah kecil. Kita tidak mempunyai kawasan pedalaman, kita tidak mempunyai sumber semula jadi, tidak seperti negara kaya sumber seperti Qatar atau UAE.

“Jika kita goyah, tiada siapa yang akan datang untuk menyelamatkan kita.”

Oleh itu, mengekalkan pertumbuhan ekonomi adalah cara untuk membantu warga Singapura memastikan masa depan yang lebih baik.

Namun, pertumbuhan memerlukan transformasi yang berterusan.

Ini bererti firma mesti mempelajari cara baru menjalankan perniagaan, pekerja mesti mempelajari kemahiran baru dan menerima teknologi baru, dan sektor baru mesti menggantikan industri yang merosot.

“Kami menyasarkan pertumbuhan ekonomi dua hingga tiga peratus setahun sepanjang dekad yang akan datang secara purata. Daripada ini, kira-kira satu hingga dua mata peratusan sepatutnya datang daripada peningkatan produktiviti.

“Sejujurnya, ini adalah matlamat yang sangat bercita-cita tinggi. Hanya beberapa negara di peringkat pembangunan kita telah dapat mengekalkan pertumbuhan produktiviti yang tinggi. Ia memerlukan transformasi berterusan ekonomi kita,” ujar Encik Wong.

Melakarkan rancangan pemerintah, beliau berkata satu strategi utama ialah untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke Singapura.

Ini kerana pelaburan seperti itu biasanya melibatkan aktiviti canggih dan inovatif yang membantu mendorong produktiviti.

Satu lagi strategi ialah untuk mengekalkan pelaburan yang konsisten dan stabil dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan itulah sebabnya pemerintah memberi tokokan $3 juta kepada rancangan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan 2025 dalam Belanjawan 2024.

Sementara itu, dengan pertumbuhan tenaga kerja penduduk yang perlahan dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan ekonomi, Encik Wong berkata tidak ada pilihan tetapi Singapura mesti kekal terbuka menerima bakat asing.

Ini termasuk pemegang permit kerja, yang terdiri daripada sekitar dua pertiga daripada jumlah tenaga kerja asing.

DPM Wong berkata Singapura mempunyai sistem kawalan yang komprehensif untuk mengawal mutu dan bilangan pemegang pas kerja merentasi setiap peringkat tenaga kerja.

Bagi mengimbangi pertumbuhan gaji di sini, gaji kelayakan minimum bagi pemohon pas pekerjaan akan dinaikkan, katanya.

“Kenapa kita buat semua ni? Ia bukan untuk mengejar sasaran. Ia bukan untuk berkembang demi pertumbuhan. Ia bagi mendapatkan hasil yang lebih baik bagi Singapura dan warga Singapura,” kata beliau.

Itu sebabnya pemerintah turut memperkenalkan perundangan keadilan di tempat kerja dan Program Peningkatan SkillsFuture antara lainnya.

Selain itu, lebih banyak fokus juga diberikan kepada segmen masyarakat yang berdepan dengan cabaran tambahan, misalnya lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang menghadapi jurang pendapatan berbanding rakan seangkatan yang memiliki kelayakan lebih tinggi.

“Kami melabur lebih banyak untuk warga Singapura, sesuatu yang dibincangkan ramai (Anggota Parlimen) (AP) dengan penuh semangat. Inilah cara kami memberi kelebihan tambahan kepada warga kami untuk bersaing dan cemerlang dalam pasaran global,” jelas Encik Wong.

Encik Wong menghargai sokongan utuh, saranan dan minat yang ditunjukkan AP daripada kedua-dua belah pihak bagi pengumuman-pengumuman tersebut.

“Program Peningkatan merupakan tambahan baru yang penting kepada sistem SkillsFuture kami. Mari ambil langkah ini dahulu.

“Kami akan ambil kira semua maklum balas dan saranan anda serta melihat bagaimana untuk lebih memperhalusi dan meningkatkan lagi skim ini setelah kami raih pengalaman saban waktu,” ujarnya.

Menggulung ucapannya, Encik Wong berkata Singapura berada pada “detik kritikal perubahan”.

“Kita berada dalam dunia yang berbeza – dunia yang lebih kucar-kacir, lebih berbahaya dan lebih tidak dapat diramalkan. Akan ada lebih banyak kuasa yang mengancam untuk memisahkan kita.

“Belanjawan tahun ini adalah langkah pertama dalam memajukan agenda Melakar Hala Tuju Singapura kami. Kami ingin menyegarkan semula kompak sosial kami untuk memastikan masyarakat kuat dan bersatu dalam dunia yang bergolak ini.

“Kami mahu membina Singapura yang lebih baik bukan hanya untuk segelintir orang, tetapi untuk semua warga Singapura,” kata beliau.

Pemerintah akan melakukan lebih untuk menyediakan peluang serta jaminan pada setiap peringkat kehidupan, tambahnya, namun semua individu dalam masyarakat juga mesti memainkan peranan masing-masing dan menyumbang kepada matlamat dan aspirasi yang dikongsi bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >