Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penting S’pura sumbang secara bermakna dalam usaha tindakan iklim sejagat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting S’pura sumbang secara bermakna dalam usaha tindakan iklim sejagat

Feb 28, 2024 | 07:03 PM



Adalah penting bagi Singapura terus menyumbang secara bermakna terhadap usaha tindakan iklim sejagat dan meneruskan sokongan dalam menangani ancaman perubahan iklim.

Berucap di Parlimen semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Pejabat Perdana Menteri (PMO), Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, berkata Singapura akan terus memantau risiko iklim dan mengemas kini pelan penyesuaiannya secara berkala berdasarkan sains terkini dengan kerjasama rakan kongsi, untuk memastikan daya tahan iklim atau climate resilience.


Beliau menjawab beberapa soalan Anggota Parlimen (AP) berhubung usaha yang sedang dilakukan pemerintah bagi menangani perubahan iklim.

“Kami mengambil pendekatan jangka panjang dan proaktif – rancangan penyesuaian kita sentiasa diperbaharui untuk mengikuti perkembangan sains terkini, bagi membantu kita bersiap sedia menghadapi risiko iklim yang akan kita hadapi,” tambahnya.

Encik Teo menambah bahawa kesan fizikal perubahan iklim juga mempunyai implikasi lebih luas kepada ekonomi negara seperti bagaimana peningkatan suhu di Laut Artik mampu mengubah aliran perkapalan antara Asia dengan Eropah.

Justeru, pelabuhan Singapura perlu memastikan ia lebih cekap dan mempunyai ketersambungan yang lebih baik untuk bersaing, tegasnya.

Encik Teo, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Antara Kementerian mengenai Perubahan Iklim, menegaskan bahawa walaupun Singapura bersedia menyesuaikan diri, ia mesti bertindak tegas bagi mengelak kesan terburuk akibat perubahan iklim.

“Kita tidak boleh menafikan bahawa perubahan iklim mampu mengganggu kehidupan dan mata pencarian kita. Walaupun kita bersedia menyesuaikan diri, kita mesti bertindak sekarang untuk mengelak kesan terburuknya.

“Bagi Singapura, ini bermakna bukan sahaja mencapai matlamat iklim kita sendiri, tetapi juga memangkinkan tindakan serantau dan global, supaya negara lain melakukan perkara yang sama – barulah kita secara kolektif dapat mencapai matlamat tindakan iklim global kita,” katanya.

Menjawab soalan Dr Lim Wee Kiak (GRC Sembawang) bagaimana Singapura boleh memanfaatkan teknologi memuncul untuk menyokong peralihan tenaganya, Encik Teo berkata pemerintah sedang melaksanakan langkah mitigasi yang komprehensif.

Antaranya termasuk memanfaatkan sepenuhnya penggunaan tenaga solar, mengimport karbon rendah elektrik dan memanfaatkan teknologi memuncul.

Sementara pemerintah mengusahakan langkah bagi mempertingkatkan dasar dan program untuk menyokong perniagaan dan isi rumah supaya cekap tenaga, Encik Teo menegaskan lagi bahawa peralihan iklim memerlukan usaha seluruh negara.

Dalam hal ini, beliau berkata pemerintah akan terus menyokong syarikat kecil dan sederhana (SME) dan bakal mempertingkatkan beberapa skim untuk terus memacu kecekapan tenaga dalam kalangan perusahaan dan isi rumah di sini.

Ini termasuk memperluaskan lagi Geran Penjimatan Tenaga (EEG) kepada lebih banyak sektor, dan peningkatan program isi rumah mesra iklim yang membantu isi rumah mengimbangi kos pendahuluan untuk beralih kepada lebih banyak peralatan cekap tenaga dan air.

Encik Teo turut menarik perhatian bahawa Singapura telah memainkan peranan aktif dalam memupuk kerjasama antarabangsa dengan menyokong pembinaan kapasiti untuk negara membangun di bawah Pakej Tindakan Kelestarian.

Beliau mengetengahkan beberapa bidang yang Singapura boleh memanfaatkan kekuatannya sebagai hab, seperti membina pasaran karbon berintegriti tinggi, menggalakkan perkongsian yang memberi manfaat kepada Singapura dan rantau ini, selain memainkan peranan utama dalam membangunkan prasarana dan piawaian untuk penerbangan dan perkapalan hijau.

“Kita mesti kekal dalam peralihan hijau kita kerana kita mahu mewariskan negara dan dunia yang boleh didiami, berdaya tahan, dan berkembang maju untuk generasi masa depan rakyat Singapura,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >