Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

DPM Wong, Putera Mahkota Brunei pengerusi bersama Program Pemimpin Muda ke-9

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong, Putera Mahkota Brunei pengerusi bersama Program Pemimpin Muda ke-9

Dec 11, 2023 | 08:26 PM



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dijadual melawat Brunei Darussalam dari 11 hingga 14 Disember di mana beliau akan mempengerusikan bersama Program Pemimpin Muda (YLP) kesembilan dengan Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Haji Al-Muhtadee Billah.

Encik Wong ke Brunei atas undangan Putera Mahkota.

Dalam kiriman di media sosial setibanya di Brunei pada 11 Disember, Encik Wong berkata lawatannya itu adalah lawatan rasminya yang terakhir bagi 2023.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, YLP yang dimulakan pada 2013, merupakan pertukaran lawatan tahunan antara Singapura dan Brunei.

Program tersebut mencerminkan komitmen kuat kedua-dua negara untuk meningkatkan hubungan dua hala istimewa melalui hubungan yang lebih erat antara generasi pemimpin akan datang.

Sebelum ini pada Ogos 2022, Putera Al-Muhtadee Billah, telah melakukan lawatan rasmi ke Singapura bagi YLP ke-8.

Semasa lawatan tersebut beliau sempat melawat RSS Singapura – Pangkalan Tentera Laut Changi.

Selain YLP, kedua-dua Singapura dan Brunei juga akan membincangkan tentang kerjasama dalam bidang pertahanan, kewangan, perdagangan dan pelaburan serta pendidikan.

Bidang baru seperti keselamatan makanan, tenaga boleh diperharui dan ekonomi hijau juga akan dibincangkan.

Sempena memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Singapura-Brunei pada 2024, kedua-dua pihak juga akan membincangkan cara membawa kerjasama mereka ke tahap seterusnya dalam tahun-tahun akan datang.

DPM Wong ke Brunei ditemani Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pembangunan Negara merangkap Kewangan), Cik Indranee Rajah; Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon; Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad; dan Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How.

Mereka akan bertemu Sultan Brunei, Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, dan Putera Mahkota.

Putera Al-Muhtadee Billah dan isterinya, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah akan turut bersarapan dengan Encik Wong dan delegasinya di resort eko Abode di Temburong.

Encik Wong dan delegasinya kemudian akan menghadiri Majlis Pentauliahan AL-FARUQ, yang kedua daripada dua bekas Kapal Peronda Fearlessclass yang telah dipindahkan oleh Tentera Laut Republik Singapura kepada Tentera Laut Diraja Brunei.


Encik Wong turut akan menyampaikan ucapan khas mengenai sifat saling menguntungkan dan berkekalan hubungan istimewa Singapura-Brunei kepada hadirin yang terdiri daripada pemimpin Brunei, pegawai kanan, ahli akademik dan pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >