Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

DPM Wong saksikan perasmian kapal peronda di Brunei

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong saksikan perasmian kapal peronda di Brunei

Dec 14, 2023 | 05:30 AM



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 13 Disember, telah menyaksikan perasmian kapal peronda KDB AL-FARUQ di Brunei, kapal peronda kelas exFearless kedua yang dipindahkan oleh Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) kepada Tentera Laut DiRaja Brunei.


Majlis perasmian di Pangkalan Tentera Laut Muara itu turut dihadiri Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah, yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei.

Kapal peronda pertama, iaitu KDB AS-SIDDIQ, telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Negara Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, pada Mac 2023, dengan disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.


Dalam satu kenyataan pada 13 Disember, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata pemindahan dua kapal peronda itu “mencerminkan kerjasama pertahanan yang erat dan lama antara Singapura dan Brunei, yang merupakan tonggak utama hubungan istimewa kami”.

Acara itu sebahagian daripada lawatan Encik Wong yang berada di Brunei dari 11 hingga 14 Disember di mana beliau dan Putera Al-Muhtadee Billah menjadi pengerusi bersama Program Pemimpin Muda (YLP) kesembilan.

Pada 13 Disember, Encik Wong juga menyampaikan kuliah khas mengenai hubungan dua hala kepada pemimpin Brunei, pegawai kanan, ahli akademik dan pelajar di Pejabat Perdana Menteri Brunei. 

Encik Wong berucap mengenai kepentingan strategik hubungan antara Singapura dengan Brunei – dua negara paling kecil – yang telah lama terjalin dan bagaimana kededua negara kekal sebagai rakan kongsi penting sehingga hari ini. 

“Kami berdua sangat bergantung pada perdagangan luar.

“Kami berdua meletakkan premium yang tinggi pada susunan antarabangsa yang stabil dan berasaskan peraturan, kerana itu adalah asas untuk kemakmuran dan pertumbuhan kami,” jelas Encik Wong.

“Itulah sebabnya terdapat pertalian yang kuat dan semula jadi antara kededua negara kita. Ini telah membolehkan persahabatan kita bertahan selama beberapa dekad, dan membantu kita berkembang sebagai dua negara yang berdaulat,” katanya lagi.

Encik Wong menambah: “Dalam dunia yang semakin dilanda pergolakan dan ketidaktentuan, kita berdua telah berdiri sebagai benteng keamanan dan kestabilan. Berganding bahu, kita telah menentang kemungkinan sejarah untuk berjaya. Kita telah membina takungan yang mendalam untuk saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.”

Encik Wong juga menegaskan komitmen Singapura untuk memastikan generasi pemimpin akan datang akan terus mendorong perkongsian ke tahap yang lebih tinggi. 

Beliau menekankan keperluan untuk Singapura dan Brunei bekerjasama bagi mewujudkan peluang ekonomi baru untuk warga kededua negara, menggalakkan pembangunan mampan dan membentuk seni bina serantau berasaskan peraturan di mana semua negara, kecil dan besar, boleh berkembang maju.

“Bersama, kita boleh mengharungi cabaran pada masa hadapan dan mencipta lebih banyak peluang untuk perkongsian pertumbuhan dan kemakmuran. Bersama, kita boleh membawa hubungan istimewa Singapura-Brunei ke tahap yang lebih tinggi dan memastikan perkongsian kita berkekalan,” tambah Encik Wong.

Encik Wong, isterinya dan delegasi Singapura akan bersiar-siar dan bersarapan bersama Putera Al-Muhtadee Billah dan isterinya, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah di resort eko Abode di Temburong pada 14 Disember sebelum pulang ke tanah air.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >