Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

DPM Wong: S’pura miliki kekuatan daya saing dalam huraian bandar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: S’pura miliki kekuatan daya saing dalam huraian bandar

Mar 13, 2024 | 04:34 PM



Singapura perlu bersaing dalam persekitaran global yang lebih mencabar, namun satu bidang di mana negara ini mempunyai kekuatan daya saing ialah dalam Penyelesaian Bandar.

Berkata demikian, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, menjelaskan bahawa Singapura tidak memiliki sebarang sumber asli.

“Jadi kita hanya perlu bergantung pada diri kita sendiri – kecerdasan, kepintaran, keupayaan inovatif kita – untuk terus mencari cara baru untuk menambah nilai kepada dunia.

“Kita perlu melakukan ini merentasi semua sektor ekonomi, sama ada dalam pembuatan termaju atau perkhidmatan profesional.

“Satu bidang di mana kita mempunyai kekuatan daya saing adalah dalam Penyelesaian Bandar,” kata Encik Wong dalam ucaptamanya sebagai tetamu terhormat di Majlis Perasmian Kampus Surbana Jurong pada 13 Mac.

Kekuatan ini terbentuk daripada keperluan keadaan di Singapura yang memaksanya berinovasi dalam ruang bandar, tambahnya.

Memberi contoh, Encik Wong berkata krisis perumahan pada 1960-an dengan jumlah rumah tidak mencukupi memaksa Singapura melancarkan program perumahan awam besar-besaran dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Ketika Singapura tidak mempunyai air yang cukup, terlahir idea untuk kitar semula air dan dari situ terbangun penyelesaian pengurusan air negara.

Keterbatasan tanah juga mendorong Singapura menambak tanah dan mencari cara inovatif untuk menggunakan tanah terhad.

“Kita melakukan semua ini untuk membina bandar yang lebih baik bagi warga kita. Kita tidak mendakwa bahawa kita mempunyai penyelesaian terbaik di Singapura.

“Sebaliknya, kita sentiasa terbuka kepada idea baru – jika sesuatu tidak berjaya, kita akan bersedia mencuba sesuatu yang lain. Kita terus belajar dan menambah baik, supaya kita boleh menawarkan mutu hidup yang lebih baik untuk semua rakyat Singapura,” ujar Encik Wong.

Beliau menambah bahawa dalam mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi, kadangkala Singapura menyedari bahawa sesetengah penyelesaian tersebut mampu dijadikan “perkhidmatan yang boleh dieksport”.

“Permintaan untuk penyelesaian bandar semakin meningkat di seluruh dunia, terutamanya di Asia.

“Ia didorong oleh pembandaran pesat dan aspirasi yang semakin meningkat untuk membina bandar yang lebih baik, lebih pintar dan lebih mampan.

“Itulah sebabnya pengunjung dari seluruh dunia datang ke Singapura dan mereka kagum dengan apa yang mereka lihat – pegawai dari banyak negara ingin belajar dan mengkaji apa yang kita lakukan,” kata Encik Wong.

“Semua ini telah membuka lebih banyak peluang bagi Singapura dan bagi arkitek dan jurutera Singapura,” tambahnya.

Diberi nama SJ Campus, ia merupakan ibu pejabat global baru syarikat Surbana Jurong dengan keluasan binaan seluas 1,200,000 kaki persegi.

Terletak di CleanTech Park di Daerah Inovasi Jurong (JID), kampus itu merupakan pusat strategik untuk kerjasama, pembelajaran dan makmal kehidupan untuk penyelesaian inovatif bagi persekitaran terbina.

Kampus tersebut boleh menampung 4,000 kakitangan dan anggota masyarakat lain.

Memberi komen tentang kampus baru itu, Pengerusi Surbana Jurong, Encik Chaly Mah, berkata:

“Kami mempunyai platform yang kukuh untuk meneruskan aspirasi kami menjadi perunding seni bina, kejuruteraan dan reka bentuk global yang terkemuka.

“Sedang kami membuka pintu kepada masyarakat lebih luas, kami menjemput semua untuk menyertai kami dalam membentuk masa depan yang bijak, berdaya tahan dan regeneratif.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >