Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPPMS anjur acara bagi perkasa, dedah keusahawanan, inovasi tempatan

Sep 8, 2023 | 5:47 PM
SOKONG KEUSAHAWANAN: Acara SELOKAL bagi mempamer, menyokong dan memperkasa keusahawanan dan inovasi  tempatan berlangsung pada 9-10 September 2023 di Our Tampines Hub.
SOKONG KEUSAHAWANAN: Acara SELOKAL bagi mempamer, menyokong dan memperkasa keusahawanan dan inovasi tempatan berlangsung pada 9-10 September 2023 di Our Tampines Hub. - Foto fail

Syarikat baharu tempatan, perniagaan dari rumah, usahawan dan anggota masyarakat akan mempamerkan bakat dan produk mereka di Our Tampines Hub (OTH) pada hujung minggu ini.

Dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), acara yang dinamakan SELOKAL 2023 itu adalah satu inisiatif bagi mempamer, menyokong dan memperkasa keusahawanan dan inovasi tempatan.

Dalam satu kenyataan media, DPPMS menyatakan acara itu diharap dapat memupuk semangat kemasyarakatan dan menyediakan platfrom untuk rangkaian dan kerjasama.

SELOKAL juga akan memberi tumpuan kepada sebahagian dari peserta program keusahawanan Protégé Kita.

Langkah memberi peluang kepada bakal usahawan ini mempamerkan dan memperkenalkan produk dan perkhidmatan inovatif mereka di SELOKAL menekankan dedikasi DPPMS untuk memupuk bakat tempatan dan memacu generasi peneraju perniagaan akan datang.

“Acara komprehensif ini harap dapat menjadi wadah yang dapat memberi tumpuan kepada keusahawanan, inovasi, semangat kemasyarakatan, menerima kepelbagaian dan potensi dalam landskap perniagaan dinamik Singapura,” jelas DPPMS dalam kenyataannya.

Dewan juga mendedahkan kerjasama strategik dengan Take App – aplikasi yang memudahkan proses pengambilan pesanan di Whatsapp – selaras dengan komitmen mereka yang tidak berbelah bagi untuk memacu transformasi digital.

“Kerjasama ini akan memperkasa mereka untuk meluaskan pengalaman SELOKAL ke lapangan digital dan menganjurkan pasaran dalam talian yang dinamik untuk penjual yang mengambil bahagian.

“Melalui wadah ini, penjual boleh menguatkan kehadiran dalam talian mereka dan berhubung dengan khalayak yang lebih luas, sejajar dengan misi mereka untuk meningkatkan kebolehan perniagaan tempatan,” jelas DPPMS.

Melalui dwipendekatan ini, DPPMS menyatakan SELOKAL 2023 akan mentakrifkan semula landskap untuk usahawan tempatan dan inovator.

Komponen fizikal dijadualkan pada 9 dan 10 September 2023 di Festive Walk East @ Our Tampines Hub dan menjanjikan rangkaian tawaran yang menarik dan pelbagai.

Pasaran dalam talian pula dihoskan di laman mikro Take App pada 9 September hingga 10 Oktober 2023 yang membuka peluang kepada peniaga meluaskan jangkauan mereka merentasi kawasan dengan spektrum penonton lebih luas.

Dr Malik Hassan, Naib Presiden DPPMS dan Pengerusi Akademi DPPMS, menyatakan: “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan SELOKAL, pasaran tempatan menarik yang merangkumi komitmen kami untuk mempamerkan dan menyokong perniagaan tempatan. Inisiatif ini bukan sahaja memupuk semangat keusahawanan dalam masyarakat tetapi menguatkan juga usaha program Protégé Kita.

“SELOKAL lebih daripada sekadar pasaran; ia adalah platform yang melambangkan ketahanan dan inovasi yang ada pada perniagaan tempatan kami.”

Beliau berkata bahawa OTH adalah lokasi strategik, dengan kesibukan suasana dan trafik tinggi pada hujung minggu, sesuai untuk SELOKAL berkembang.

“Kami juga percaya bahawa inisiatif ini akan mewujudkan peluang untuk perniagaan tempatan kami bersinar dan turut menyumbang kepada kerancakan ekonomi tempatan kita,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg