Melancong semakin menjadi rutin tahunan yang dinanti-nanti daripada sekadar kegiatan riadah sekali-sekali. Dan bagi pelancong Muslim, bukan keseronokan sahaja yang diberi tumpuan ketika melancong. Keperluan seperti makanan halal dan kemudahan menunaikan solat semasa melancong juga menjadi keutamaan.
Justeru, agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan mesra Muslim semakin mendapat sambutan. Antara yang menonjol ialah Dreamcation Cruises & Tours, sebuah agensi yang komited menyediakan pakej percutian yang mematuhi syariah dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga pengasas Dreamcation Cruises & Tours, Encik Sujimy Mohamad, berkata: “Kami akan mengadakan Pra-NATAS SG60 In-House Travel Sale, atau ‘Jualan Pelancongan Pra-Natas SG60’, yang menawarkan pelbagai destinasi menarik, seperti Turkey, Australia, China, Taiwan, Korea, Hong Kong, Jepun, Uzbekistan, Kazakhstan, Maghribi, Eropah, dan banyak lagi. Promosi ini adalah dari 31 Julai hingga 8 Ogos.”
Setiap pakej termasuk jadual perjalanan yang lengkap dengan pelbagai kegiatan menarik sesuai untuk semua peringkat umur, bergantung pada destinasi pilihan pelanggan.
“Untuk pakej mesra warga emas dan keluarga, kami cadangkan destinasi seperti Taiwan, Uzbekistan, Dubai, Australia, New Zealand dan Jepun. Kami juga mendapati kini ramai pengembara solo memilih menyertai pakej percutian berkumpulan kami, dengan destinasi popular termasuk Uzbekistan, Maghribi, Eropah dan Finland.
“Untuk mereka yang merancang percutian ‘girls trip’, atau kembara wanita, destinasi seperti Vietnam, Hong Kong dan Taiwan sering menjadi pilihan kerana ia selamat, dekat, dan penuh dengan aktiviti menyeronokkan tanpa perlu membuat perancangan sendiri,” tambah Encik Sujimy.
Antara kegiatan menyeronokkan yang disediakan ialah menaiki belon udara panas, atau hot air balloon, di Cappadocia dan pelayaran Bosphorus di Turkey. Mereka yang memilih pergi ke Korea Selatan pula bakal menikmati lawatan ke Pulau Nami, Taman Bertema Everland dan membeli-belah di Myeongdong.
Di Jepun, pelanggan akan berpeluang melawat Tokyo Disneyland, Gunung Fuji dan Asakusa. Di Uzbekistan pula, mereka akan ke Registan Square, Jalur Sutera dan menyaksikan persembahan kebudayaan tempatan.
Semua pakej termasuk tiket penerbangan, penginapan, makanan, dan pengangkutan dengan jadual perjalanan mesra Muslim.
Dreamcation Cruises & Tours juga mengadakan pakej pelancongan pada harga tawaran istimewa dan hadiah menarik disediakan.
Encik Sujimy berkata: “Semasa acara Pra-NATAS SG60 In-House Travel Sale ini, pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah utama dalam acara Cabutan Bertuah Akhir Tahun, atau ‘Year-End Grand Lucky Draw’, kami, iaitu bar emas 50 gram bernilai hingga $8,000.
“Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai diskaun eksklusif dan tawaran hebat, termasuk potongan harga untuk tempahan seterusnya serta hadiah menarik melalui ‘lucky dip’. Antara hadiah yang boleh dimenangi ialah barangan rumah seperti televisyen LCD, vakum penyedut udara, penggoreng kering, atau air fryer, dan banyak lagi.”
Menurut Encik Sujimy lagi, promosi ini meliputi dari tarikh keberangkatan hingga Jun 2026. Ini termasuk cuti sekolah, cuti umum, dan cuti hujung tahun, sesuai dengan perancangan percutian pelanggan. Harga bermula serendah $888 untuk destinasi terpilih.
Bagi memudahkan pelanggan, Encik Sujimy menggunakan ‘Sistem Penilaian Songkok’, atau ‘Songkok Rating System’.
“‘Sistem Penilaian Songkok’ ini direka supaya bakal pelancong Muslim dapat memilih destinasi dengan yakin dan tepat. Kebanyakan hotel di beberapa destinasi pelancongan tidak mesra Muslim. ‘Songkok Rating System’ kami dibahagikan kepada lima kategori, iaitu Makanan Mesra Muslim, Waktu Solat Dipatuhi, Lawatan ke Tapak Islam/Masjid, Negara majoriti Muslim dan Hotel mesra Muslim,” jelasnya.
Sila hubungi:
– WhatsApp 6228-5287 atau talian 6513-2627
– Pergi ke pejabat Dreamcation Cruises and Tours terletak di 12 Woodlands Square, Woods Square Tower 1, #11-78, Singapura 737715
– Lungsuri laman www.dreamcation.com.sg
– Lungsuri Facebook Dreamcation Cruises and Tours dan & Instagram Dreamcation
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg