Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Dua lelaki ditahan didakwa edar dadah bernilai $470,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lelaki ditahan didakwa edar dadah bernilai $470,000

Jan 03, 2024 | 08:07 PM



Dua lelaki, berusia 53 dan 62 tahun, ditahan di Jurong West pada 2 Januari kerana didakwa mengedar dadah, yang dianggarkan bernilai lebih $470,000.

Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu kenyataan pada 3 Januari berkata dadah yang dirampas itu, termasuk 1.427 kilogram (kg) Ice, 193 gram (g) heroin dan 94 tablet Ecstasy, boleh memenuhi ketagihan untuk sekitar 907 penagih selama seminggu, lapor The Straits Times (ST).


Lelaki berusia 53 tahun itu cuba melawan ketika ditangkap. Bagaimanapun, pegawai CNB berjaya menahannya di lobi blok perumahan di Jurong West Street 52, kata CNB.

Dia kemudian diiringi ke unit blok berkenaan, di mana para pegawai menemui sekitar 1.396kg Ice, 96g heroin, 211 tablet Erimin-5, 94 tablet Ecstasy dan satu botol ‘methadone’.

Pada hari sama, lelaki berusia 62 tahun itu ditahan di laluan pejalan kaki di blok perumahan di Jurong West. Para pegawai CNB menemui 97g heroin dan 31g Ice padanya.

Seseorang yang didapati bersalah mengedar lebih 15g heroin tulen, atau lebih 250g Ice, boleh menghadapi hukuman mati mandatori.

Siasatan berhubung kedua-dua suspek itu sedang dijalankan, kata CNB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >