Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua nahas motosikal di PIE  dalam jangka masa 24 jam

Jul 11, 2024 | 6:33 PM
Rakaman video yang dimuat naik kumpulan Facebook Singapore roads accident.com menunjukkan sebuah motosikal remuk di jalan raya, dengan khemah biru dan beberapa serpihan kelihatan berhampiran.
Rakaman video yang dimuat naik kumpulan Facebook Singapore roads accident.com menunjukkan sebuah motosikal remuk di jalan raya, dengan khemah biru dan beberapa serpihan kelihatan berhampiran. - Foto FACEBOOK SINGAPORE ROADS ACCIDENT.COM

Dua kemalangan berasingan berlaku dalam jangka masa 24 jam di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, dan seorang lagi tidak sedarkan diri.

Seorang lelaki berusia 23 tahun meninggal dunia selepas motosikalnya terbabas di PIE pada dinihari, 11 Julai.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan tentang kemalangan di PIE menuju Lapangan Terbang Changi, sebelum susur keluar Bedok North Avenue 3, sekitar 4.55 pagi.

Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik SCDF.

Rakaman video yang dimuat naik di kumpulan Facebook Singapore roads accident.com menunjukkan sebuah motosikal remuk di jalan raya, dengan khemah biru dan beberapa serpihan kelihatan berhampiran.

Tiga kereta polis, sebuah van polis, dua motosikal polis, dan sebuah ambulans boleh dilihat melalui rakaman video itu.

Dalam nahas pada petang 10 Julai pula, seorang wanita 37 tahun dibawa ke Hospital Universiti Nasional dalam keadaan tidak sedarkan diri, menyusuli kemalangan melibatkan motosikalnya dan lori jongket atau tipper truck di PIE.

Menurut The Straits Times, polis dan SCDF dimaklumkan mengenai kemalangan di PIE menghala ke Tuas, selepas susur keluar Clementi Avenue 6, pada 12.50 tengah hari.

Satu rakaman video yang disiarkan di kumpulan Facebook Singapore roads accident.com menunjukkan sebuah motosikal remuk dan kelihatan serpihan di lorong kedua paling kiri lebuh raya selepas kemalangan berlaku.

Sebuah lori jongket, kereta polis dan ambulans boleh dilihat dalam rakaman video itu.

Polis berkata siasatan melibatkan dua kemalangan itu sedang dijalankan.

Menurut perangkaan polis, penunggang motosikal dan pembonceng terlibat dalam lebih separuh daripada kesemua nahas jalan raya pada 2023, walaupun motosikal membentuk kurang 15 peratus daripada jumlah kenderaan di Singapura.

Secara keseluruhan, 4,290 penunggang motosikal dan pembonceng cedera dalam kemalangan pada 2023.

Ini bermakna kira-kira 12 orang terlibat dalam kemalangan berkaitan motosikal setiap hari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg