Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua pelajar madrasah raih keputusan cemerlang PSLE

Nov 25, 2025 | 7:19 PM
pelajar madrasah, lulus cemerlang, PSLE
Pelajar Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Sulaikah Sulaiman, yang berjaya meraih Peringkat Pencapaian (AL) AL4 bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 2025, lebih tabah setelah melalui pengalaman menduduki PSLE. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Dua pelajar Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah – Sulaikah Sulaiman, dan Muhammad Irfan Muhammad Imran, – muncul sebagai murid madrasah yang memperoleh keputusan Peringkat Pencapaian (AL) AL4 bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 2025.

Kededuanya juga antara 10 pelajar terbaik bagi Peperiksaan Penyaluran Pengajian Islam (ISPE) di madrasah tersebut.

Sulaikah memberitahu Berita Harian (BH), dia bergelut dengan perasaan takut sebelum menduduki kededua peperiksaan itu.

Namun, Sulaikah muncul daripada pengalaman itu dengan lebih tabah.

“Saya kini menjadi lebih berani dan mempelajari kepentingan berusaha gigih (demi peperiksaan),” katanya.

Sulaikah turut bersyukur atas sokongan berterusan keluarganya, seperti memberi pujian dan membantunya menghilangkan tekanan.

Muhammad Irfan pula berkongsi pengajaran daripada mengambil sikap sambil lewa dalam persiapannya.

“Pada peperiksaan pertengahan tahun, saya mendapat AL1 untuk Bahasa Inggeris. Tetapi, saya mendapat AL4 pula untuk peperiksaan percubaan kerana berasa terlalu yakin dan kurang mengulang kaji sepenuhnya.

“Namun, saya belajar daripada kesilapan itu dan gembira mendapat AL1 (sekali lagi) untuk Bahasa Inggeris dalam PSLE.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg