Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Dua warga S’pura hilang lepas gempa Taiwan: MFA

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua warga S’pura hilang lepas gempa Taiwan: MFA

Apr 05, 2024 | 06:55 PM



Dua warga Singapura dilaporkan hilang di Taiwan menyusuli gempa bumi di negara itu pada 3 April.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata pada 5 April bahawa Pejabat Perdagangan Singapura di Taipei sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan berkaitan perkara itu, lapor The Straits Times.


MFA berkata para pegawainya telah menghubungi waris dan sedang menawarkan bantuan konsular.

Jurucakap MFA menambah bahawa mereka akan terus memantau situasi itu.

ST melaporkan pada 4 April bahawa lapan warga Singapura adalah antara 71 warga asing yang diselamatkan oleh pihak berkuasa Taiwan selepas mereka terperangkap di Hualien, pusat gempa itu.

Lagi empat warga Singapura telah dibawa keluar dari Hualien menggunakan helikopter pada 5 April, kata jabatan bomba Taiwan.

Menurut MFA, dua daripada lapan warga Singapura itu mengalami cedera ringan dan telah dibantu pihak berkuasa tempatan.

“MFA sedar lapan warga Singapura diselamatkan oleh pihak berkuasa Taiwan dan sedang menawarkan bantuan konsular kepada mereka,” kata jurucakap itu.

Selain warga Singapura, mereka yang diselamatkan termasuk 25 dari Jerman, tujuh dari Switzerland, tujuh dari Amerika Syarikat, enam dari Britain, empat dari Israel, empat dari Belanda, tiga dari Canada, tiga dari Perancis, dua dari Australia dan dua dari Hungary.

“Kami melahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa Taiwan di atas bantuan dan sokongan pantas yang mereka hulurkan,” kata jurucakap itu.

Beliau turut menambah bahawa pejabat perdagangan Singapura di Taipei terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa Taiwan sedang usaha menyelamat dan bantuan diteruskan.

Jabatan bomba Taiwan telah menetapkan seramai 18 orang yang hilang, tiga daripada mereka warga Australia dan Canada, lapor Reuters.


Jumlah kematian akibat gempa itu kini 12 orang dan lebih 1,000 orang cedera.

Taiwan terletak berdekatan persimpangan plat tektonik dan terdedah kepada gempa bumi.

Lebih 100 orang terkorban dalam gempa pada 2016 di selatan negara itu, sementara satu lagi gempa sekuat 7.3 magnitud membunuh lebih 2,000 orang pada 1999.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >