Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pasukan penyelamat cari mangsa gempa yang masih hilang

Lapan warga S’pura antara 71 warga asing diselamatkan
Apr 05, 2024 | 03:41 PM



HUALIEN (Taiwan): Anggota penyelamat Taiwan mencari 18 orang yang masih hilang pada 5 April selepas gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda kawasan pergunungan dan pantai timur di pulau itu.


Berpuluh-puluh gegaran susulan menggegarkan zon bencana dan mereka yang terperangkap secara bertahap-tahap dibawa ke tempat selamat.

Gempa bumi pada 3 Mac di daerah timur Hualien yang tidak ramai penduduk mengorbankan 10 orang, manakala ratusan orang terkandas di taman negara ketika batu-batu besar dari gunung menimpa kawasan dan menghalang jalan di situ.

Jabatan bomba Taiwan memberikan jumlah individu yang masih hilang seramai 18 orang, termasuk empat warga asing yang sebelum ini disenaraikan sebagai warga India, Canada dan Australia yang tidak diketahui lokasinya.

Enam orang lagi hilang di laluan mendaki dan pasukan penyelamat seramai 45 orang sedang cuba menghubungi mereka, tambahnya.

Pasukan penyelamat telah mengesahkan bahawa kira-kira 400 orang yang terputus hubungan di sebuah hotel mewah di taman negara Taroko Gorge selamat dan telah menggunakan helikopter untuk membawa keluar mereka yang cedera.

“Kami sedang menilai kemungkinan hujan hari ini, jadi rakan sekerja mencari dan menyelamat akan dilengkapi dengan peralatan hujan.

“Bagaimanapun, hujan meningkatkan risiko runtuhan batu dan tanah runtuh, yang kini merupakan cabaran terbesar yang kami hadapi,” kata kapten pasukan mencari dan menyelamat bandar Kaohsiung, Encik Su Yu-ming

“Faktor-faktor ini tidak dapat diramalkan, bermakna kami tidak dapat mengesahkan bilangan hari yang diperlukan untuk operasi mencari dan menyelamat pada masa ini,” lapor Reuters.


Sekumpulan 50 pekerja yang dalam perjalanan ke hotel dan telah terperangkap di jalan raya, kini kebanyakannya selamat.

“Saya bernasib baik kerana terselamat daripada bencana ini.

“Kami sangat ketakutan, terutamanya ketika gempa bumi pertama berlaku, kami fikir semuanya sudah berakhir,” kata Encik David Chen, 63 tahun, pengurus keselamatan di hotel itu, selepas beliau diselamatkan pada 4 April.

“Ketika kami berlepas, batu masih jatuh. Kami terpaksa mengharungi celah antara batu yang jatuh, dengan pasukan mencari dan menyelamat di hadapan,” tambahnya.

Ibu Encik Chen yang berusia 85 tahun, melahirkan rasa lega dengan air mata membasahi pipinya, ketika mereka bersatu semula.

“Saya gembira melihatnya. Saya gembira apabila dia kembali. Saya tidak tidur langsung malam tadi dan tidak boleh makan apa-apa,” ujar ibunya, Cik Chen Lan-chih.

Kira-kira 50 gegaran susulan menggegarkan Hualien semalaman, beberapa daripada gegaran itu dapat dirasakan hingga ke ibu kota Taipei.

Gempa bumi berlaku sehari sebelum Taiwan memulakan cuti hujung minggu yang panjang untuk perayaan tradisi membersihkan tanah perkuburan dan ramai pulang untuk menziarahi kubur nenek moyang mereka.

Laporan media tempatan melaporkan lapan rakyat Singapura adalah antara 71 warga asing yang diselamatkan selepas mereka terperangkap di Hualien.

Menurut laporan yang merujuk kepada pihak berkuasa Taiwan, daripada 71 warga asing yang diselamatkan, enam berasal dari Britain, tujuh dari Amerika Syarikat manakala 25 lain dari Jerman.

Puluhan pelancong dan pekerja yang dilaporkan hilang sebelum ini tiba di sebuah kemudahan perubatan sementara pada 4 April selepas berjaya diselamatkan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >