Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Duta digital teraju usaha celik digital East Coast

Nov 2, 2024 | 6:19 PM
(Dari kiri) Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How; Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; dan penasihat akar umbi kepada Pertubuhan Akar Umbi GRC East Coast, Cik Cheryl Chan semasa acara pelancaran Duta Digital East Coast di Heartbeat@Bedok pada 2 November.
(Dari kiri) Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How; Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; dan penasihat akar umbi kepada Pertubuhan Akar Umbi GRC East Coast, Cik Cheryl Chan semasa acara pelancaran Duta Digital East Coast di Heartbeat@Bedok pada 2 November. - Foto PEJABAT KAWASAN UNDI KAMPONG CHAI CHEE

Sekitar 600 individu akan menjadi sebahagian daripada Duta Digital East Coast yang akan mencipta bersama daya usaha digital dan menerajui inisiatif celik digital di East Coast dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Duta digital tersebut akan memainkan peranan penting dalam transformasi digital seluruh masyarakat untuk meningkatkan celik digital di East Coast dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan AI Generatif dengan tujuan merapatkan jurang digital, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kawasan Undi Kampong Chai Chee pada 2 November.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, telah melancarkan inisiatif Duta Digital East Coast pada 2 November di Heartbeat@Bedok, yang turut dihadiri oleh Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, dan penasihat akar umbi kepada Pertubuhan Akar Umbi GRC East Coast, Cik Cheryl Chan.

Encik Heng berkata semasa pelancaran tersebut bahawa terdapat kemajuan dalam merapatkan jurang digital sepanjang tiga tahun lalu.

“Kami telah menyediakan komputer riba yang telah diperbaharui bagi keluarga yang kurang bernasib baik dan menjalankan banyak bengkel bagi meningkatkan (sasaran) celik digital merentas semua lapisan umur.

“Kejayaan ini adalah bukti kerjasama kukuh kami dengan Rangkaian Rakan Kongsi East Coast.

“Memandang ke hadapan, kami akan memberi tumpuan untuk membantu penduduk kami meraih manfaat daripada teknologi baru muncul seperti AI,” tambah Encik Heng.

Pelancaran tesebut juga mempamerkan pelbagai daya usaha digital di East Coast seperti kelab digital, bengkel teknologi Sabtu, dan bengkel belajar kod.

Ia juga mengiktiraf rakan kongsi seperti kumpulan sukarela SGBono dan pemecut kreativiti, VIVITA yang bekerjasama dalam menyusun program digital dan mengendalikan bengkel, serta penduduk yang telah menyertai video My East Coast.

Seramai 405 keluarga telah meraih manfaat daripada program komputer riba yang diperbaharui anjuran SGBono dan sekitar 318 penduduk telah mengambil bahagian serta meraih manfaat daripada program celik digital, tambah kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg