Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kegiatan air di East Coast, Pulau Selatan boleh disambung

Oct 25, 2024 | 2:16 PM
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata pada 25 Oktober bahawa nasihatnya bagi mengelak kegiatan di air telah ditarik balik.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata pada 25 Oktober bahawa nasihatnya bagi mengelak kegiatan di air telah ditarik balik. - Foto ST

Orang ramai kini boleh kembali berenang dengan selamat dan menyertai kegiatan dan sukan air di perairan Taman East Coast serta pulau Kusu, St John dan Lazarus.

Dalam hantaran di Telegram pada 25 Oktober, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata, nasihat awal bagi mengelak kegiatan sedemikian telah ditarik balik.

Ia menambah bahawa tiada lagi kesan minyak di laut dan darat sejak 20 Oktober, apabila kebocoran pada saluran paip Shell di Pulau Bukom dan Bukom Kechil pertama kali dilaporkan.

Kebocoran itu bermula kira-kira 5.30 pagi dari saluran paip syarikat petrokimia Britain itu dihentikan kira-kira 3 petang.

Lebih 30 tan ‘slop’, iaitu campuran minyak dan air, telah bocor dan mengalir ke laut.

Pada 21 Oktober, NEA mengeluarkan makluman mengandungi nasihat sebagai langkah berjaga-jaga.

Ia juga merupakan sebahagian daripada kenyataan bersama sembilan agensi pemerintah sebagai tindak balas mereka menyusuli kebocoran itu, lapor The Straits Times.

Pihak berkuasa ketika itu berkata tiada minyak kelihatan di tempat seperti Sentosa dan Taman Marin Pulau Subar Laut (Sisters‘ Island).

Minyak juga tidak dikesan di loji penyahgaraman Pulau Jurong dan Marina East, yang paling hampir dengan kebocoran tersebut.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pelampung pembendung minyak telah digunakan di sekitar kawasan air seperti pantai sensitif biodiversiti Sentosa, Taman West Coast dan Taman East Coast.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg