Edwin Tong: Jadikan perbezaan pendapat ruang pertemuan, bukan permusuhan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Edwin Tong: Jadikan perbezaan pendapat ruang pertemuan, bukan permusuhan

Feb 7, 2026 | 6:37 PM

Edwin Tong: Jadikan perbezaan pendapat ruang pertemuan, bukan permusuhan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Edwin Tong, On Middle Grounds
Dalam ucapannya di pelancaran program ‘On Middle Grounds’, tetamu kehormat Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua (Ehwal Dalam Negeri), Encik Edwin Tong menekankan bahawa perbezaan pendapat tidak seharusnya menjadi punca permusuhan, sebaliknya menjadi ruang untuk mencari titik pertemuan. - Foto BM oleh RUBIAH MOHD

Sikap saling menghormati, menghargai kepelbagaian dan komitmen terhadap keharmonian kaum dan agama adalah prinsip teras yang perlu dipersetujui warga Singapura semasa berbincang mengenai isu penting dalam dunia yang kian terhubung dan sukar diramalkan, kata Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua (Ehwal Dalam Negeri), Encik Edwin Tong.

Encik Tong berkata perbezaan pendapat tidak seharusnya menjadi punca permusuhan, sebaliknya menjadi ruang untuk mencari titik pertemuan.

“Kita tidak semestinya perlu bersetuju dalam setiap isu, namun kita harus berusaha mencapai kata sepakat tentang apa yang terbaik bagi kepentingan Singapura dan rakyatnya.

“Itulah hakikat makna mencari titik persamaan,” ujar beliau, yang menekankan peri penting mengadakan perbincangan dengan empati.

“Jika kita sebagai satu masyarakat tidak belajar cara menangani kejadian yang boleh memecahbelahkan, ia boleh memecahbelahkan masyarakat yang paling bersepadu,” jelas Encik Tong.

Menambah, Encik Tong turut mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan perpecahan dalam masyarakat yang berlaku di luar negara tetapi menjadikan Singapura sebagai teladan untuk perpaduan.

Encik Tong berkata demikian dalam ucapannya kepada sekitar 100 tetamu di acara pelancaran program perintis ‘On Middle Grounds’ (OMG) yang antara lain bertujuan memperkukuh identiti nasional di Shaw Theatres Lido pada 7 Februari.

Peserta, yang terdiri daripada pemimpin agama, golongan karyawan dan belia serta tokoh masyarakat turut menyertai dalam sesi perbincangan santai Olive TREE mengenai masa depan perpaduan negara.

TREE ialah akronim untuk Terrorism, Radicalism, Extremism, dan Exclusivism, iaitu Pengganasan, Radikalisme, Ektremisme dan Eksklusivisme.

Dianjurkan oleh pertubuhan bukan pemerintah, Humanity Matters (HM) sempena Minggu Keharmonian Silang Agama Sedunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, program itu direka khas untuk melibatkan ibu bapa, pertubuhan agama dan mahasiswa dalam usaha memupuk budaya kewujudan bersama yang membina.

OMG, yang akan digerakkan secara rasmi mulai suku kedua 2026, dibahagikan kepada tiga teras utama, iaitu perbincangan mengenai cabaran pluralisme, perkongsian nilai murni oleh pemimpin agama, serta pendedahan pakar mengenai bahaya radikalisme di ruang digital.

Usaha tersebut antara lain bertujuan menyerlahkan kekuatan perpaduan rakyat sambil mengenal pasti titik-titik rapuh yang boleh mengancam keharmonian sosial, kata Duta Kelana dan pengerusi HM, Encik Ong Keng Yong.

“Dengan penglibatan aktif pelbagai lapisan masyarakat, inisiatif ini diharapkan dapat menjadi perisai yang melindungi masyarakat Singapura daripada provokasi dan krisis global, sekali gus memastikan keselamatan dan ketahanan sosial negara kekal utuh bagi generasi akan datang,” ujar beliau.

Dalam ucapannya, Encik Ong menyuarakan keprihatinan mengenai pengaruh media sosial dan kecerdasan buatan (AI) terhadap golongan muda.

Beliau menyifatkan ancaman pelampau pada masa ini bukan lagi sekadar ancaman luar, malah telah mula menembusi ruang peribadi di dalam rumah melalui wadah digital.

“Apa yang lebih membimbangkan adalah trend radikalisasi dalam talian yang kini menyasarkan golongan yang semakin muda, termasuk pelajar sekolah,” kata Encik Ong.

Beliau menambah bahawa elemen ekstremis yang menyusup masuk ke dalam isi rumah merupakan ancaman nyata yang memerlukan kewaspadaan berterusan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg