Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Emirates adakan ‘roadshow’ untuk rekrut lebih ramai juruterbang S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Emirates adakan ‘roadshow’ untuk rekrut lebih ramai juruterbang S’pura

Jan 22, 2024 | 04:07 PM



Emirates, syarikat penerbangan antarabangsa terbesar di dunia, sedang meningkatkan usaha merekrut lebih ramai juruterbang dari Singapura untuk memenuhi lonjakan permintaan pelanggan yang tinggi.

Syarikat penerbangan itu akan mengadakan jerayawara, atau ‘roadshow’, di sini pada 28 dan 29 Januari untuk merekrut juruterbang komersial berpengalaman.

Jerayawara itu akan diadakan di Carlton Hotel Singapore pada 10 pagi dan 1 tengah hari pada 28 Januari dan 10 pagi pada 29 Januari.

Juruterbang berpengalaman yang berminat menyertai Emirates sebagai pegawai pertama atau kapten kemasukan langsung A380 atau program perintah dipercepat (ACP) dialu-alukan untuk datang, menurut satu kenyataan Emirates pada 22 Januari.

ACP direka terutamanya untuk kapten pesawat Airbus berpengalaman yang sekarang mengendalikan pesawat berbadan sempit di laluan serantau dan ingin meningkatkan kerjaya mereka.

Menurut kenyataan itu, pendaftaran awal tidak diperlukan dan juruterbang hanya perlu menghadiri salah satu sesi tersebut.

Pada sesi itu, mereka boleh mengetahui lebih lanjut tentang proses pengambilan kakitangan Emirates, peluang yang tersedia, program latihan, trajektori kerjaya yang boleh dijangka, dan faedah yang boleh didapati.

Mereka juga boleh berinteraksi bersama juruterbang Emirates.

Proses pemilihan diadakan dalam dua peringkat. Peringkat pertama ialah penilaian yang dijalankan dari jauh, manakala peringkat kedua akan diadakan di Dubai selama dua hari.

Emirates akan menyediakan sepasang tiket penerbangan balik kelas ekonomi (boleh dinaik taraf ke kelas perniagaan, tertakluk pada ketersediaan) untuk pemohon dan pasangan sah mereka ke Dubai bagi penilaian peringkat kedua.

Pengurus Negara Emirates bagi Singapura dan Brunei, Encik Rashed Alfajeer, berharap lebih ramai juruterbang dari Singapura ingin menyertai Emirates.

“Juruterbang bersama Emirates mengendali armada paling muda dan moden merentasi 140 destinasi di seluruh dunia. Mereka juga berpeluang menjalani latihan dalaman di kemudahan latihan Emirates yang canggih yang berpangkalan di Dubai,” kata Encik Rashed.

Emirates juga telah melabur AS$135 juta ($181 juta) untuk membina sebuah lagi kemudahan latihan lanjutan bagi menempatkan enam ruang simulator penerbangan penuh bagi pesawat Airbus A350 dan Boeing 777X.

Kemudahan serba baru seluas 63,318 kaki persegi itu dijadualkan dibuka pada Mac 2024.

Juruterbang pelatih akan dapat menyediakan dan mengkonfigurasi persekitaran kokpit menggunakan peranti yang ditempah khas sebagai sebahagian daripada modul latihan juruterbang dan memuat naik maklumat ke simulator penerbangan penuh sebelum memulakan sesi latihan mereka.

Emirates mengadakan jerayawara pengambilan juruterbang di Singapura buat kali pertama dalam lapan tahun pada 2023.

Sekarang syarikat penerbangan itu mempunyai 28 juruterbang warga Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >