Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bilangan penumpang kumpulan SIA naik 15%

SIA sedia khidmat ke 76 destinasi, Scoot pula tawarkan khidmat ke 67 destinasi
Jan 16, 2024 | 02:39 PM



Kumpulan Singapore Airlines (SIA) mencatat peningkatan 15.8 peratus dalam bilangan penumpang pada Disember 2023, semasa puncak musim perjalanan pada akhir tahun.

Bagi syarikat penerbangan nasional SIA, jumlah hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), iaitu bilangan penumpang didarab dengan jarak penerbangan, naik 15 peratus kepada 10.1 bilion pada Disember 2023 daripada 8.8 bilion pada Disember 2022.

Bagi Scoot, cabang penerbangan tambang rendah SIA, RPK syarikat itu meningkat 18.5 peratus kepada tiga bilion daripada 2.5 bilion, lapor The Straits Times (ST).


RPK adalah penunjuk utama bagi permintaan penumpang dan prestasi syarikat penerbangan. 

Kapasiti penumpang kumpulan SIA melebihi bilangan penumpang sebanyak 16.1 peratus. Ini menyebabkan faktor muatan penumpang (PLF) mencecah 89.4 peratus – 0.3 peratusan mata lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

PLF adalah peratusan tempat duduk yang diisi penumpang daripada jumlah keseluruhan tempat duduk yang disediakan.

Bagi SIA, PLF pada Disember 2023 mencapai 88.7 peratus, 0.4 peratusan mata lebih rendah daripada 89.1 peratus pada tahun sebelumnya.

Bagi Scoot pula, PLF pada Disember 2023 mencecah 91.7 peratus, naik 10 peratusan mata daripada 91.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Kedua-dua SIA dan Scoot membawa gabungan jumlah penumpang seramai 3.3 juta pada Disember 2023 – melonjak 24.4 peratus berbanding setahun lalu.

Pengangkutan kargo naik 4.3 peratus tahun ke tahun menyusuli permintaan e-dagang yang lebih kukuh.

Bagaimanapun, khidmat penerbangan penumpang yang kian meningkat kini telah menyebabkan lebih ramai penumpang membawa bagasi dan barangan yang disimpan di ruang perut pesawat.

Ini menyebabkan faktor muatan kargo (CLF) bagi pesawat kargo mencapai 52.6 peratus pada Disember 2023 – 1.7 peratusan mata lebih rendah daripada tahun sebelumnya.

CLF adalah peratusan kapasiti kargo yang digunakan berbanding jumlah kapasiti kargo yang ada.

Sehingga 31 Disember 2023, rangkaian penumpang SIA meliputi 121 destinasi di 35 negara dan wilayah.

SIA menyambung semula penerbangan penumpang ke Xiamen, China, pada Disember 2023, dan menyediakan khidmat ke 76 destinasi, manakala Scoot pula menawarkan khidmat ke 67 destinasi.

Rangkaian kargo kumpulan itu menyediakan khidmat ke 126 destinasi di 37 negara dan wilayah dalam tempoh sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >