Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Empat orang cedera dalam kemalangan melibatkan teksi dan lori di CTE

May 23, 2023 | 3:53 PM
MALANG TAK BERBAU:  Nahas jalan raya melibatkan sebuah teksi dan lori di CTE pada Isnin menyebabkan empat orang cedera dan telah dikejarkan ke hospital.
MALANG TAK BERBAU: Nahas jalan raya melibatkan sebuah teksi dan lori di CTE pada Isnin menyebabkan empat orang cedera dan telah dikejarkan ke hospital. - Foto TELEGRAM SGROAD BLOCKS/TRAFFIC NEWS

EMPAT orang telah dikejarkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah teksi dan sebuah lori di Ekspreswe Central (CTE) pada Isnin.

Video kemalangan itu yang tersebar di media sosial menunjukkan bahagian hadapan teksi Trans-Cab tersepit di bawah sebuah lori biru.

Sebaldi cat pula kelihatan tertumpah ke bumbung teksi dan di permukaan jalan raya.

Akibat kemalangan itu, tiga laluan lebuh raya itu telah ditutup dan dikepung dengan kon oren, meninggalkan laluan paling kanan untuk dilalui kenderaan lain.

Beberapa video berkaitan kemalangan itu, yang disiarkan di media sosial pada Isnin malam, menunjukkan kesesakan lalu lintas berlaku di sepanjang CTE mengarah ke Ekspreswe Ayer Rajah (AYE).

View post on TikTok

Polis berkata pihaknya telah dihubungi mengenai kemalangan itu pada 8.25 malam. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu tiga orang didapati terperangkap dalam teksi; seorang di tempat duduk pemandu dan dua di tempat duduk belakang. Peralatan menyelamat telah digunakan untuk mengeluarkan mereka.

Pemandu teksi lelaki berusia 52 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.

Seorang penumpang lori, seorang lelaki berusia 36 tahun, dan dua penumpang teksi wanita, berusia 74 tahun dan 76 tahun, dalam keadaan sedar ketika dikejarkan ke hospital.

Polis masih menyiasat kes tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg