Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penumpang kereta sport dibawa ke hospital selepas kemalangan di Keppel Road, pemandu tinggalkan tempat kejadian

May 22, 2023 | 6:19 PM
REMUK: Bahagian ‘bumper’ depan kereta itu tercabut dan keretakan kelihatan pada cermin hadapan.
REMUK: Bahagian ‘bumper’ depan kereta itu tercabut dan keretakan kelihatan pada cermin hadapan. - SG ROAD VIGILANTE/FACEBOOK

SEORANG wanita ditinggalkan bersendirian di dalam kereta sport yang remuk selepas kereta itu terlibat dalam satu kemalangan di sepanjang Keppel Road pada malam Ahad, manakala pemandu dilaporkan telah meninggalkan tempat kejadian.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pada Isnin bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai kemalangan di sepanjang Keppel Road menghala ke Shenton Way pada kira-kira 10 malam Ahad.

Wanita berusia 28 tahun itu dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH), lapor The Straits Times (ST).

Gambar kereta McLaren MP4-12C yang rosak telah disiarkan di kumpulan Facebook SG Road Vigilante pada malam Ahad.

‘Bumper’ bahagian hadapan kereta itu tercabut dan keretakan kelihatan pada cermin hadapan.

Serpihan kaca didapati berhampiran kenderaan itu yang tersadai berdekatan jejambat Keppel.

ST melaporkan bahawa pemandu itu meninggalkan lokasi kemalangan.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg