Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Empat sekawan gemar berkelah di tepi jalan dengan kereta

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat sekawan gemar berkelah di tepi jalan dengan kereta

Jan 21, 2024 | 05:30 AM



Jika kebanyakan orang berkelah di tepi pantai, Encik Muhammad Syafiq Masod pula suka berkelah di tepi jalan bersama rakan-rakannya.

Beliau akan meletakkan kenderaan pacuan empat rodanya di tepi jalan dan mengeluarkan kerusi, meja dan peti ais kecil dan mengaturnya di bawah sengkuap, atau awning, yang ditarik dari bumbung kereta.


Kemudian Encik Muhammad Syafiq bersama tiga rakannya itu akan berkelah selama beberapa jam, biasanya dari lewat petang apabila matahari tidak begitu terik hingga hampir tengah malam.

Kegiatan yang dilakukan semasa perkelahan tepi jalan itu termasuk menyediakan sajian dan makan bersama serta menonton filem yang ditayangkan daripada projektor dalam kereta ke skrin di luar.

“Kegiatan duduk di luar ini bermula ketika saya lebih muda sekitar 10 tahun lalu apabila saya dan rakan baik saya sering ke Australia untuk melakukan kegiatan berkhemah dengan kereta (car camping).

“Di sana, jika kami mahu berkelah atau berkhemah, kami hanya perlu pandu kenderaan kami ke lokasi yang disediakan dan pasang peralatan berkelah atau berkhemah. Kereta itu lengkap dengan peralatan yang diperlukan, termasuk bekalan tenaga tambahan,” kata Encik Muhammad Syafiq, 33 tahun.

“Apabila saya mampu, saya beli pacuan empat roda dan kami lakukan kegiatan itu di Malaysia dan Singapura.

“Tetapi apabila sempadan negara ditutup semasa pandemik Covid-19, kami melakukannya di Singapura sahaja, di tempat letak kereta dan beberapa lokasi yang sesuai,” tambahnya yang sering melakukan kegiatan itu bersama pasangannya serta kawan baiknya dan isterinya.







Jurugambar itu berkata lokasi perkelahan yang sering dituju beliau dan rakan-rakannya di Singapura termasuk Empangan Yishun dan Rower’s Bay di Taman Kolam Air Lower Seletar.

Mereka cuba mencari kawasan yang membolehkan mereka meletakkan kereta dekat dengan air agar dapat menikmati pemandangan yang indah dan tenang.

“Tapi pilihan tidak begitu banyak di sini kerana taman-taman kita sering jauh dari tempat letak kereta. Jadi kadang kala kami ke bukit di Canterbury Road yang disebut sebagai ‘Cameron Highlands Singapura’,” kata Encik Muhammad Syafiq.

Beliau menerangkan bahawa kegiatan itu tidak memerlukan belanja besar kerana banyak peralatan boleh didapatkan pada harga rendah.

Cuma bagi beliau dan rakan-rakan, peralatan mereka sudah “melampau” kerana mahukan barang-barang yang kelihatan cantik dan selari warna dan tema, kata Encik Muhammad Syafiq.

Kali terakhir beliau dan rakan-rakannya berkelah di tepi jalan adalah sekitar November lalu setelah lama tidak mengadakannya.

“Kegiatan ini membuat kami gembira dan adalah sesuatu yang kami suka lakukan bersama. Di Singapura, mana-mana kita lihat adalah suasana hutan batu. Kita tidak mempunyai akses kepada banyak alam semula jadi.

“Saya dan rakan-rakan pula sering berjumpa, hampir setiap minggu, tetapi biasanya di rumah kawan saya. Tapi adakala kami rindukan pengembaraan kami di luar negara dan kami mahu adakan pengembaraan kecil di sini. Apabila kami berkelah di tepi jalan, kami duduk-duduk, rehatkan minda dan bersembang. Ia sangat menyeronokkan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >