Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Jordan ragui kemampuan Israel hapuskan Hamas di Gaza

Nov 18, 2023 | 07:02 PM



MANAMA: Menteri Luar Jordan berkata pada Sabtu bahawa beliau tidak memahami bagaimana matlamat Israel untuk menghapuskan kumpulan Hamas di Gaza boleh dicapai.


“Israel berkata ia mahu menghapuskan Hamas. Terdapat ramai golongan tentera di sini, cuma saya tidak faham bagaimana objektif ini boleh dijadikan kenyataan,” kata Encik Ayman Safadi.

Beliau memberi amaran bahawa Jordan akan melakukan “apa sahaja yang perlu untuk menghentikan” pemindahan penduduk Palestin, di tengah-tengah pengeboman Israel yang dahsyat ke atas Jaluran Gaza yang dikendalikan Hamas sebagai tindakan balas terhadap serangan 7 Oktober oleh Hamas dan kumpulan militan yang lain.

“Kami tidak akan sekali-kali membenarkan perkara itu berlaku. Selain ia merupakan jenayah perang, ia akan menimbulkan ancaman langsung kepada keselamatan negara kami. Kami akan melakukan apa sahaja untuk menghentikannya,” kata Encik Safadi di sidang puncak keselamatan Dialog Manama IISS di Bahrain.

Perang Israel-Hamas telah membangkitkan semula rasa bimbang di Jordan, yang juga merupakan tempat perlindungan sejumlah besar pelarian Palestin dan keluarga mereka.

Ini kerana Jordan bimbang Israel boleh mengusir rakyat Palestin secara beramai-ramai dari Tebing Barat yang diduduki Israel, di mana serangan peneroka Israel terhadap penduduk Palestin telah meningkat sejak serangan 7 Oktober.

“Perang ini tidak membawa kita ke mana-mana tetapi ke arah lebih banyak konflik, lebih banyak penderitaan dan ancaman untuk berkembang menjadi perang serantau,” ujar Encik Safadi. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >