Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Exco NDP beri amaran tentang penipu menyamar sebagai wakil NDP

Jun 28, 2025 | 4:11 PM
Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025 tidak akan sama sekali meminta orang awam atau sebarang pertubuhan untuk memberikan tajaan wang tunai, derma, atau butiran peribadi melalui panggilan telefon.
Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025 tidak akan sama sekali meminta orang awam atau sebarang pertubuhan untuk memberikan tajaan wang tunai, derma, atau butiran peribadi melalui panggilan telefon. - Foto fail

Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025 tidak akan sama sekali meminta orang awam atau sebarang pertubuhan untuk memberikan tajaan wang tunai, derma, atau butiran peribadi melalui panggilan telefon, menurut penganjur sambutan Hari Kebangsaan Singapura 2025 itu pada 28 Jun.

Dalam satu catatan Facebook NDPeeps, Exco NDP berkata bahawa mereka maklum tentang penipu yang menyamar sebagai wakil NDP 2025 dan menghubungi mangsa untuk mendapatkan tajaan wang tunai serta maklumat peribadi, menurut The Straits Times (ST).

Satu rakaman panggilan telefon telah dikongsi oleh Exco NDP kepada ST, yang mana seorang penipu kedengaran menyamar sebagai wakil NDP 2025 dan meminta seorang lelaki untuk memberikan “tajaan kecil antara $300 dengan $500”.

Penipu itu mendakwa bahawa wang tersebut, yang didakwa akan dikecualikan daripada cukai, bakal digunakan untuk membantu penganjuran NDP 2025 dan edisi akan datang untuk berjalan dengan lancar.

Penipu itu turut menyatakan satu anugerah akan disampaikan kepada syarikat lelaki berkenaan, dan menjemputnya untuk membawa rakan dan keluarga menghadiri perbarisan tersebut.

Apabila lelaki itu meminta nama pertubuhan yang akan menerima sumbangan tersebut, penipu itu menjawab “Jawatankuasa Lembaga Hari Kebangsaan Singapura”.

Difahamkan bahawa panggilan tersebut berlaku pada Jun.

Dalam pada itu Exco NDP menggesa agar maklumat peribadi, perniagaan atau tajaan tidak didedahkan jika tidak pasti tentang identiti atau kebolehpercayaan pemanggil.

Jika orang ramai atau organisasi tidak pasti sama ada sesuatu itu penipuan, mereka boleh merujuk kepada ndp@defence.gov.sg untuk pengesahan bertulis.

Mereka yang terjejas harus melaporkan panggilan penipuan kepada polis dengan segera, tambah Exco NDP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg