Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Facebook padam laman siar bahan seksual kanak-kanak: IMDA 

Jun 9, 2023 | 3:32 PM
DIPADAM: Laman kumpulan Facebook yang mengandungi Bahan Eksploitasi Seksual Kanak-Kanak telah dipadam dan dikeluarkan Meta.
DIPADAM: Laman kumpulan Facebook yang mengandungi Bahan Eksploitasi Seksual Kanak-Kanak telah dipadam dan dikeluarkan Meta. - Foto fail

Satu laman kumpulan di Facebook telah dipadamkan dan dikeluarkan oleh Meta – syarikat induk Facebook – setelah ia didapati mengandungi Bahan Eksploitasi Seksual Kanak-Kanak (CSEM).

Ini susulan pemberitahuan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) kepada Meta.

Dalam satu kenyataan media pada Jumaat, IMDA menyatakan Meta telah mengeluarkan kumpulan Facebook itu dalam 24 jam setelah ia menerima pemberitahuan agensi itu.

Ini kali pertama IMDA memberitahu Perkhidmatan Media Sosial berkenaan kandungan sedemikian sejak Akta Penyiaran dipinda untuk menyertakan peraturan Keselamatan Dalam Talian yang dipertingkat, tambah agensi tersebut.

Di bawah akta yang dipinda, IMDA diberi kuasa mengarahkan perkhidmatan media sosial – termasuk Instagram, YouTube, dan TikTok – untuk menyekat atau memadam kandungan yang keterlaluan dan tidak akan teragak-agak mengeluarkan arahan jika perkhidmatan media sosial itu tidak mengesan dan mengeluarkan kandungan tersebut daripada platformnya.

IMDA menjelaskan ia juga telah mengarahkan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) di Singapura untuk menyekat satu laman web yang dipautkan kepada laman kumpulan Facebook tersebut, yang membolehkan akses dan pengedaran bagi lebih banyak kandungan CSEM.

IMDA berkata ia mendapat tahu daripada pihak polis berkenaan laman Facebook itu “yang merupakan sebahagian daripada rangkaian dalam talian yang memudahkan perkongsian CSEM”.

Berikutan itu, IMDA mengesan laman kumpulan Facebook IMDA yang menyiarkan catatan serupa dan pos-pos catatan tersebut mengandungi hiperpautan (hyperlink) yang dipautkan pada laman web dengan kandungan berunsur CSEM.

“IMDA dan SPF (Pasukan Polis Singapura) memandang serius mengenai permintaan dan pengedaran CSEM, yang merupakan jenis kandungan keterlaluan seperti ditakrifkan di bawah Akta Penyiaran yang dipinda,” tambah kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, IMDA turut menegaskan bahawa usaha mengatasi ancaman kandungan dalam talian yang keterlaluan “merupakan usaha seluruh masyarakat”.

Ia menambah pihak pemerintah telah mengukuhkan rangka kerja kawal selia dan akan meneruskan usaha dalam memastikan langkah-langkah kawal selia dan pendidikan awam dapat menangani kandungan dalam talian berbahaya.

Perkhidmatan media sosial juga ada tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dalam talian untuk semua pengguna, terutamanya kanak-kanak, tambah kenyataan tersebut.

IMDA menggesa perkhidmatan media sosial untuk terus berwaspada dalam mengesan dan mencegah penyebaran kandungan dalam talian yang berbahaya.

“IMDA dan SPF (Pasukan Polis Singapura) memandang serius mengenai permintaan dan pengedaran CSEM, yang merupakan jenis kandungan keterlaluan seperti ditakrifkan di bawah Akta Penyiaran yang dipinda.”
Kenyataan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg