Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FairPrice agih 45,000 telur kepada keluarga, individu, pekerja migran kurang mampu

Jun 20, 2024 | 2:25 PM
FairPrice Group akan juga menawarkan harga lebih murah bagi sepaket 30 telur segar berjenama Pasar iaitu $6.20 berbanding harga asal $6.80, dari 20-26 Jun di semua cawangan pasar rayanya iaitu FairPrice, FairPrice Finest, FairPrice Xtra dan FairPrice Online.
FairPrice Group akan juga menawarkan harga lebih murah bagi sepaket 30 telur segar berjenama Pasar iaitu $6.20 berbanding harga asal $6.80, dari 20-26 Jun di semua cawangan pasar rayanya iaitu FairPrice, FairPrice Finest, FairPrice Xtra dan FairPrice Online. - Foto FAIRPRICE GROUP

FairPrice Group (FPG) mengumumkan pada 20 Jun sumbangan protein segar pertamanya kepada golongan memerlukan di Singapura melalui cabang derma Yayasan FairPrice (FPF).

Menerusi inisiatif ini, FairPrice Group dan rakan kongsi komuniti akan mengagihkan 45,000 telur kepada keluarga, individu dan pekerja migran kurang berkemampuan.

Usaha FPF memberi sumbangan telur kepada golongan memerlukan bertujuan memperbaiki akses warga Singapura kepada sumber protein utama kerana protein merupakan khasiat penting tubuh memperbaiki dan membina otot serta kunci utama dalam memelihara diet seimbang bagi semua peringkat usia.

Di samping itu, FairPrice Group juga akan menawarkan harga lebih murah bagi sepaket 30 telur segar berjenama Pasar iaitu $6.20 berbanding harga asal $6.80 dari 20 hingga 26 Jun di semua cabang pasar rayanya iaitu FairPrice, FairPrice Finest, FairPrice Xtra, dan FairPrice Online.

Pengurus besar Yayasan FairPrice, Cik Jean Khong, berkata walaupun inflasi terus menjejas harga barangan keperluan harian, telur merupakan sumber protein yang lebih mudah diakses dan berpatutan bagi orang ramai, terutama golongan miskin dan memerlukan.

“Idea untuk mengagihkan telur timbul menerusi interaksi kami bersama kumpulan masyarakat dan maklum balas yang timbul daripada kegiatan jangkauan masyarakat. Golongan memerlukan yang kami bantu berkongsi bahawa mereka inginkan protein segar untuk mereka dan orang tersayang,” kata Cik Khong.

Sebagai sebahagian daripada misinya untuk membantu golongan miskin dan memerlukan, FPF akan bekerjasama dengan Kelab Masyarakat Taman Jurong, Perkhidmatan Komuniti Riverlife, Majlis Pembangunan Masyarakat Tengah Singapura Tengah dan Pusat Pekerja Migran NTUC untuk mengagihkan 45,000 telur kepada keluarga, warga emas, individu dan pekerja asing yang memerlukan di serata Singapura.

Ketua Produk Perniagaan Runcit, FairPrice Group, Encik Leroy Seow, menekankan kepentingan telur dalam kehidupan harian warga Singapura:

“Telur adalah makanan utama dalam kebanyakan diet tempatan. Ia boleh didapati dalam pelbagai makanan daripada telur rebus lembut untuk sarapan kepada nasi goreng telur untuk makan malam. Ia adalah sumber protein dan khasiat yang berpatutan dan mudah diakses.

“Kami berterima kasih atas perkongsian dengan pembekal tempatan, serantau dan global yang membolehkan FPG memenuhi permintaan bagi produk makanan penting ini, dan memenuhi misi sosial kami untuk menjaga keperluan harian dalam jangkauan untuk semua.”

FairPrice Group menawarkan lebih 60 pilihan telur dari lebih 10 negara kepada pengguna, termasuk Brunei dan Turkey, pada 2023. Ia merupakan peruncit pertama di Singapura mengimport telur dari negara-negara tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg