Faishal: Hasil aset wakaf telah dikembalikan pada masyarakat Islam, $11.3j diagih pada 2024

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faishal: Hasil aset wakaf telah dikembalikan pada masyarakat Islam, $11.3j diagih pada 2024

Feb 26, 2026 | 2:58 PM

Faishal: Hasil aset wakaf telah dikembalikan pada masyarakat Islam, $11.3j diagih pada 2024

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim. - Foto MDDI

Hasil daripada harta wakaf telah disalurkan untuk membina dan menyelenggara masjid dan madrasah, menyokong golongan miskin dan memerlukan, serta membiayai pembangunan masyarakat Islam di Singapura, demikian menurut Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Pada 2024, sebanyak $11.3 juta telah diagihkan kepada mauquf alaih atau benefisiari wakaf, termasuk ahli keluarga mereka, dan badan lain bergantung pada niat wakif – orang yang mewariskan harta wakaf tersebut.

“Hari ini, anda melihat perkembangan besar dalam ruang ini. Terdapat pemulihan aset wakaf, pengoptimuman peningkatan aset, sambil melihat nilai sejarah wakaf.

“Jadi saya mesti katakan bahawa pulangan aset wakaf, bukan sahaja kembali ke tempat yang sepatutnya, tetapi dengan usaha peningkatan nilai, pulangan tersebut telah membantu dalam pembangunan masyarakat Melayu/Islam, India/Islam dan seterusnya,” kata Dr Faishal.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan daripada Dr Hamid Razak (GRC West Coast-Jurong West) di Parlimen pada 26 Februari yang telah bertanya bagaimana nilai daripada aset wakaf boleh digunakan untuk meningkatkan taraf masyarakat dari semasa ke semasa.

Dr Hamid juga bertanya bagaimana Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan anak syarikatnya melibatkan pelbagai segmen masyarakat Islam untuk memastikan pandangan mereka didengar dan digabungkan ke dalam pengurusan aset wakaf.

Dalam jawapannya, Dr Faishal berkata bahawa Muis memang melibatkan pelbagai segmen masyarakat, termasuk pemimpin masyarakat India/Islam.

Beliau memetik penglibatan langsungnya sebelum ini dengan pemimpin masyarakat India/Islam bersama mantan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad mengenai kerja pemulihan Masjid Jamae Chulia dan pembangunan serta pembinaan Warisan Jamae Chulia.

“Saya ingat pelbagai sesi penglibatan yang kami adakan. Kami berulang-alik apabila mereka memerlukan kejelasan. Terdapat penjelasan, atau perkara-perkara tertentu yang tidak memenuhi kriteria perancangan. Terdapat kekangan.

“Kami memutuskan pilihan yang akan memberikan hasil yang seimbang. Dan saya harus katakan bahawa proses ini bukan sahaja mencapai penyelesaian, tetapi juga memberi kepuasan kepada pemimpin masyarakat bahawa mereka adalah sebahagian daripada perjalanan ini,” jelas Dr Faishal.

Terdahulu semasa ucapannya, Dr Faishal berkata terdapat mekanisme tadbir urus yang jelas untuk memastikan aset wakaf kekal mampan dari segi kewangan dan diuruskan dengan kebertanggungjawapan dan ketelusan.

Dalam soalan yang beliau failkan di Parlimen, Dr Hamid telah bertanya tentang mekanisme tadbir urus dan pengawasan yang ada untuk memastikan aset wakaf diuruskan dengan setia mengikut niat penderma sambil kekal mampan dari segi kewangan.

Beliau juga bertanya bagaimana pengurusan wakaf telah berkembang dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk menangani cabaran seperti aset yang berpecah-belah, kos penyelenggaraan yang meningkat, dan kekangan pembangunan semula di Singapura yang kekurangan tanah.

Dalam jawapannya, Dr Faishal berkata antara mekanisme yang ada untuk memastikan tadbir urus, semua mutawalli (pemegang amanah) mesti diluluskan oleh Majlis Muis dan mempunyai kecekapan untuk mengekalkan tadbir urus yang baik dan kemampanan jangka panjang wakaf yang mereka selia.

“Warees dan mutawalli yang dilantik mesti mematuhi keperluan audit yang ditetapkan di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Amla), serta menjalani pemeriksaan berkala oleh Muis untuk memastikan panduan agama oleh Jawatankuasa Fatwa telah dipatuhi,” kata Dr Faishal.

Beliau menambah bahawa Jawatankuasa Pengeluaran Wakaf Muis, yang terdiri daripada ahli Majlis Muis, juga memantau dan menyemak pengeluaran wakaf tahunan, dan membuat cadangan mengenai peruntukan dana wakaf, selaras dengan niat wakif.

Namun, Dr Faishal menyatakan pengurusan wakaf telah menjadi lebih mencabar selama ini.

Di tengah-tengah peningkatan kos dan keperluan pembangunan, beliau berkata Muis dan Warees berusaha memastikan sewa berpatutan, sambil melaksanakan tugas fidusiari mereka untuk memastikan pulangan kewangan yang mencukupi untuk benefisiari wakaf.

Memetik contoh The Red House di East Coast Road, dan Pembangunan Warisan Jamae Chulia di Mosque Street, Dr Faishal berkata Muis dan Warees juga telah melaksanakan inisiatif peningkatan aset dan pembangunan semula di bawah Skim Revitalisasi Wakaf bagi beberapa hartanah wakaf.

Ini, katanya, bagi mengoptimumkan pulangan kewangan sambil mengekalkan nilai warisan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg