Topik diikuti
Pergi ke BHkuFaishal: Kawasan khemah di Arafah, Mina bagi jemaah haji S’pura hampir siap
Faishal: Kawasan khemah di Arafah, Mina bagi jemaah haji S’pura hampir siap
Faishal: Kawasan khemah di Arafah, Mina bagi jemaah haji S’pura hampir siap
Tapak perkhemahan di Arafah dan Mina, tempat jemaah Singapura bakal ditempatkan semasa hari-hari puncak ibadah haji, telah mula disediakan, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang kali terakhir melawat kawasan itu pada November 2025.
Dalam hantaran Facebook pada 20 Mei, Dr Faishal, yang juga Ketua Delegasi Haji 2026, berkata kawasan tidur, sistem penyejukan, tandas dan kemudahan penting lain sedang disediakan untuk menyokong jemaah melalui beberapa bahagian haji yang paling mencabar dari segi fizikal ini.
“Saya juga bertemu dengan penyedia perkhidmatan kami Mashariq Almasiah, bersama Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) dan rakan kongsi kami di lapangan.
“Kami terus bekerjasama rapat dengan mereka dan pihak berkuasa Arab Saudi untuk memastikan pengaturan selamat, diselaraskan dan responsif terhadap keperluan jemaah kami,” kata Dr Faishal sambil mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan mereka.
Dalam hantarannya itu, Dr Faishal turut menggesa jemaah agar meminum air yang mencukupi dan berada di tempat teduh sebanyak mungkin apabila hari menjadi semakin panas di Makkah, mengesahkan keselamatan dan kesejahteraan jemaah kekal menjadi keutamaan.
