Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Faishal: Patuhi peraturan jalan raya, demi elak nahas serius

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Patuhi peraturan jalan raya, demi elak nahas serius

Apr 25, 2024 | 05:36 PM



Memandu secara melulu atau berbahaya merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali dan tidak mempunyai tempat dalam masyarakat, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim. 

Dalam satu hantaran Facebook pada 25 April, Dr Faishal berkata bahawa tingkah laku seperti itu membahayakan nyawa orang lain dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah.

“Kesan daripada sebarang kemalangan bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga terdekat mangsa malah amat dirasai oleh masyarakat luas,” tambahnya.

Dr Faishal membuat kenyataan tersebut menyusuli kemalangan membabitkan enam kenderaan di Tampines yang meragut nyawa dua orang pada 22 April. 

Dua mangsa yang terkorban dalam nahas itu – Allahyarhamha Afifah Munirah Muhammad Azril, 17 tahun, dan Allahyarhamha Norzihan Juwahib, 57 tahun – selamat dikebumikan di Pusara Aman pada 23 April.

Sementara itu, bapa Allahyarhamha Afifah, Encik Muhammad Azril Mahmood, dikatakan masih menjalani rawatan susulan di Hospital Besar Changi (CGH) bagi kecederaan yang berkaitan dengan buah pinggang dan tulang belakang.

“Saya amat berdukacita atas nyawa yang terkorban dalam kemalangan tragik membabitkan beberapa kenderaan di Tampines awal minggu ini. Takziah saya ucapkan kepada keluarga dan orang tersayang mereka.

“Saya menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai apa yang boleh menyebabkan kemalangan itu kerana kes ini masih lagi dibicarakan di mahkamah,” kata Dr Faishal.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa semua pemandu supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan lebih bersabar dan berhati-hati di jalan raya.

“Apabila anda sedang memandu, sentiasa kekal berjaga-jaga dan tumpukan perhatian di jalan raya kerana tindakan anda menjejas keselamatan orang lain.

“Marilah kita saling membantu agar kita dapat pulang ke rumah kepada keluarga dan orang tersayang dengan selamat. Kita semua mempunyai peranan yang boleh dimainkan,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >