Faishal: Penglibatan belia kunci pastikan Kampong Gelam kekal relevan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faishal: Penglibatan belia kunci pastikan Kampong Gelam kekal relevan

Acara “Night Walk with Pelita: A Journey of Light & Reflection” turut mempromosikan kempen “Void Vape” dan “Dadah Itu Haram” , galak penglibatan, inisiatif belia
Jan 30, 2026 | 11:25 PM

Faishal: Penglibatan belia kunci pastikan Kampong Gelam kekal relevan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Acara “Night Walk with Pelita: A Journey of Light & Reflection” bertujuan bukan sahaja untuk mengenalkan belia kepada tapak-tapak bersejarah Singapura, malah mempromosikan kempen “Void Vape” dan “Dadah Itu Haram”. Acara tersebut turut dihadiri oleh Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kiri) serta (dari kiri) Pengerusi Perikatan Kampong Gelam (KGA), Encik Zaki Ma’arof ; Pengasas bersama MEMBINA Community, Encik Jihad Suhaimi ; pengarah Syed’s Trader, Syed Muhammad Farit dan Pengurus Operasi, Syed’s Trader, Encik Mohd Yusoff Mohamed Nasser.
Acara “Night Walk with Pelita: A Journey of Light & Reflection” bertujuan bukan sahaja untuk mengenalkan belia kepada tapak-tapak bersejarah Singapura, malah mempromosikan kempen “Void Vape” dan “Dadah Itu Haram”. Acara tersebut turut dihadiri oleh Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kiri) serta (dari kiri) Pengerusi Perikatan Kampong Gelam (KGA), Encik Zaki Ma’arof ; Pengasas bersama MEMBINA Community, Encik Jihad Suhaimi ; pengarah Syed’s Trader, Syed Muhammad Farit dan Pengurus Operasi, Syed’s Trader, Encik Mohd Yusoff Mohamed Nasser. - Foto BH oleh KHALID BABA

Penglibatan belia amat penting bagi memastikan kawasan bersejarah seperti Kampong Gelam kekal relevan dan terus berkembang seiring dengan perubahan zaman, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Ini kerana golongan belia mempunyai perspektif penting dan berlainan dalam perbincangan dan pembangunan komuniti, bukan sahaja di Kampong Gelam tetapi juga untuk masa depan Singapura secara keseluruhan, kata Dr Faishal.

“Kita memerlukan golongan muda untuk terus menjadi sebahagian daripada perbualan dan memainkan peranan dalam membangunkan bukan sahaja di Kampong Gelam, tetapi Singapura,” tambahnya.

Beliau berkata demikian selaku tetamu kehormat di acara “Night Walk with Pelita: A Journey of Light & Reflection”, pada 30 Januari, yang merupakan acara berjalan malam pra-Ramadan yang menghimpunkan sekitar 50 belia dari seluruh Singapura.

Menurut Dr Faishal, Kampong Gelam merupakan sebuah kawasan unik yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat Singapura dan perlu terus dikekalkan melalui kerjasama merentas generasi.

“Kepelbagaian bukan sesuatu yang melemahkan kita. Di Singapura, kita melihat kepelbagaian sebagai kekuatan. Tetapi untuk memastikan ia benar-benar mengukuhkan masyarakat, kita mesti bekerja bersama,” katanya.

Antara objektif acara jalan malam tersebut adalah untuk melibatkan belia dan keluarga dalam satu pengalaman yang bermakna, serta mempromosikan kempen “Void Vape” dan “Dadah Itu Haram”, dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA).

Acara tersebut dianjurkan oleh Perikatan Kampong Gelam (KGA), Syed’s Trader dengan kerjasama badan bukan mencari untung, MEMBINA Community.

“Objektif pertama kami adalah untuk mempromosi kempen “Void Vape” dan “Dadah Itu Haram” serta menghimpunkan belia di Kampong Gelam di samping persiapan kami untuk Bazaar Ramadan Kampong Gelam,” kata pengarah Syed’s Trader, Syed Muhammad Farit Syed Ahmad.

“Alhamdulillah kami mendapat sambutan yang menggalakkan. Kami rasa ia sesuai untuk diadakan menjelang Ramadan kerana waktu itu merupakan masa terbaik untuk kami renung dan berfikir secara mendalam tentang diri masing-masing.”

Acara jalan malam itu membawa para peserta menyusuri laluan bersejarah yang merangkumi Gedung Kuning, Muscat Street, North Bridge Road, Arab Street, Bussorah Street, sebelum berakhir di hadapan Masjid Sultan.

Di setiap hentian, peserta dapat mendengar dan mempelajari mengenai sejarah serta kepentingan budaya lokasi berkenaan, sekali gus mengukuhkan hubungan mereka dengan warisan setempat.

Sebelum acara jalanan malam itu diadakan, sesi penglibatan berserta dialog belia juga dikendalikan oleh MEMBINA Community – melibatkan lebih 120 belia.

Naib Pengerusi Membina Community, Encik Syukri Azman, berkata acara tersebut dirangka berasaskan tiga fokus utama, iaitu menggalakkan perbincangan komuniti, memastikan keterlibatan belia secara aktif, serta menyediakan ruang selamat dan tidak berstruktur untuk interaksi sosial.

“Kami mahu anak-anak muda bukan sekadar mendengar, tetapi menjadi sebahagian daripada perbincangan itu sendiri. Format santai seperti berkelah dan sesi fasilitasi ini membantu mereka berasa selamat dan inklusif untuk berkongsi pandangan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa pendekatan itu juga selari dengan kempen “Void Vape” dan “Dadah Itu Haram” yang memberi tumpuan kepada usaha menangani isu vape dalam kalangan belia melalui pendekatan rakan sebaya.

Salah seorang peserta, Encik Muhammad Danial Roslan, 23 tahun, pelajar tahun pertama Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam jurusan Sastera Inggeris, berkata beliau tertarik menyertai acara tersebut kerana beliau rasa ada keperluan untuk berinteraksi dengan belia lain dalam komuniti Melayu/Islam.

“Melalui perbualan, kita boleh memahami gaya hidup masing-masing dan bagaimana kita boleh memberi impak yang lebih besar kepada komuniti,” katanya.

Danial turut menyifatkan pendekatan acara yang bersifat santai dan inklusif itu sebagai faktor utama yang menjadikan sesi perbincangan lebih bermakna.

“Ia terasa sangat selamat kerana kami tidak dipaksa untuk bersuara. Penyelaras juga memastikan setiap suara didengar, dan itu sangat penting,” tambahnya.

Beliau percaya inisiatif seperti ini dapat membantu belia menyedari bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi cabaran hidup, selain membuka ruang kepada alternatif yang lebih sihat dalam menangani isu seperti vape.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg