Masjid Ba’alwie hulur 100 karton kurma sumbangan Saudi jelang Ramadan kepada Perkhidmatan Penjara S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Ba’alwie hulur 100 karton kurma sumbangan Saudi jelang Ramadan kepada Perkhidmatan Penjara S’pura

Jan 26, 2026 | 8:12 PM

Masjid Ba’alwie hulur 100 karton kurma sumbangan Saudi jelang Ramadan kepada Perkhidmatan Penjara S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Perkhidmatan Penjara S’pura, kurma, derma Masjid Ba’alwie, Faishal
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kiri) dan imam Masjid Ba’alwie, Habib Hassan Al-Attas (bersongkok), bergambar dengan kotak kurma yang diberikan kepada Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS). - Foto FACEBOOK MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM

Masjid Ba’alwie telah mendermakan sekitar 100 karton kurma dari Madinah, Arab Saudi, kepada Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) sebagai sebahagian daripada tradisi tahunannya mengagihkan kurma sempena bulan suci Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Menulis dalam satu catatan Facebook pada 26 Januari, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mengucapkan terima kasih kepada imam Masjid Ba’alwie, Habib Hassan Al-Attas, atas pemberian tersebut.

Beliau, yang juga Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), berkata setiap tahun sebelum Ramadan, masjid tersebut dengan murah hati mendermakan kurma kepada SPS untuk semua pesalah Islam dalam penjara.

“Saya berterima kasih kepada Habib Hassan Al-Attas dan Masjid Ba’alwie kerana mengekalkan tradisi ini, dan atas persahabatan erat mereka dengan MHA (Kementerian Ehwal Dalam Negeri).

“Selain menyokong mereka yang berada dalam penjara, masjid ini juga memupuk hubungan mesra dengan masyarakat lain.

“Semoga kita terus menyebarkan kebaikan dan meningkatkan kehidupan orang di sekeliling kita,” kata Dr Faishal dalam catatan Facebooknya itu.

Setiap tahun, Masjid Ba’alwie menerima hadiah kurma daripada kerajaan Arab Saudi – satu tradisi yang dikekalkan sejak sekitar 30 tahun lalu, dengan ia melambangkan hubungan akrab antara kededua Saudi dengan Singapura dan rakyatnya.

Dihubungi Berita Harian (BH), Habib Hassan berkata masjid itu akan terus mengagihkan kurma yang diterima dari Saudi kepada masyarakat seperti tahun-tahun yang lalu.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt. Ini pemberian Saudi sejak sekitar 30 tahun yang lalu dan adalah satu tradisi yang kami lakukan setiap tahun untuk mengagihkan kepada masjid-masjid, persatuan, jemaah dan juga orang awam,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg