SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Faishal: Semangat gotong-royong kekuatan masyarakat Melayu/Islam

Faishal: Semangat gotong-royong kekuatan masyarakat Melayu/Islam

Apr 10, 2026 | 8:52 PM

Faishal: Semangat gotong-royong kekuatan masyarakat Melayu/Islam

faishal, melayu/islam, gotong royong majlis perjumpaan hari raya menteri
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, menggesa agar semangat gotong-royong dikekalkan dan dipergiatkan oleh masyarakat Melayu/Islam. - Foto BH oleh KHALID BABA

Semangat gotong-royong kekal sebagai salah satu kekuatan masyarakat Melayu/Islam, lebih-lebih lagi di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan kemunculan teknologi baru, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Oleh demikian, beliau menggesa agar masyarakat meneruskan semangat itu dan menggalakkan lebih ramai individu serta rakan kongsi untuk tampil ke hadapan, demi satu tujuan bersama dan berkhidmat bagi masyarakat.

Menyentuh hal itu di acara Perjumpaan Hari Raya Menteri pertamanya pada 10 April sejak menggalas jawatan itu, beliau berkata perancangan jangka panjang dan kekuatan kewangan Singapura telah membenarkan negara ini untuk mengambil tindakan dengan pantas dan menyokong mereka yang kurang bernasib baik.

Atas semangat ini, beliau berkata penting bagi masyarakat Melayu/Islam mengamalkan dan menyemai sikap amanah, bersyukur dan ikhlas, kerana “apa yang kami lakukan untuk satu sama lain mencerminkan jati diri kita sebagai masyarakat”.

Semasa berucap kepada sekitar 500 hadirin di Parkroyal Collection Marina Bay, beliau berkata bahawa tema acara itu ‘Bersatu Berkhidmat, Masyarakat Sepakat’ menjadi semangat bagi visi masyarakat Melayu/Islam di sini.

Visi tersebut, katanya, memastikan agar setiap insan di sini menjadi versi diri yang terbaik di setiap peringkat kehidupan mereka.

“Visi ini adalah visi yang kolektif, yang telah dibina hasil interaksi saya dengan segmen masyarakat yang berbeza sepanjang 2025.

Ia dipandu dengan nilai berkongsi berpaksikan kesyukuran, amanah dan keikhlasan,” ujarnya.

Lantaran itu, melangkaui usaha pemerintah dan individu, beliau menyeru masyarakat Melayu/Islam supaya memikirkan apa yang boleh dilakukan secara bersama.

Dr Faishal memberi contoh peluasan M3 kepada M3+ sebagai satu usaha kolektif dan pengukuhan kerjasama silang agensi, pertubuhan dan rangkaian masyarakat.

Beliau berkata: “Saya menggalakkan setiap daripada kita untuk tampil ke hadapan dan memainkan peranan masing-masing, kerana saya percaya setiap daripada kita mempunyai sesuatu yang bermakna untuk disumbangkan (kepada masyarakat).”

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg