Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faishal: S’pura komited perkukuh kerjasama antarabangsa tangani ancaman dadah sejagat

Mar 14, 2025 | 6:31 PM
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (tiga dari kiri), bersama peserta lain di Sidang ke-68 Suruhanjaya Dadah Narkotik (CND) yang mengukuhkan sokongan Singapura terhadap usaha antarabangsa dalam menangani ancaman dadah.
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (tiga dari kiri), bersama peserta lain di Sidang ke-68 Suruhanjaya Dadah Narkotik (CND) yang mengukuhkan sokongan Singapura terhadap usaha antarabangsa dalam menangani ancaman dadah. - Foto FACEBOOK PROFESOR MADYA DR MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM

Singapura telah menyokong usaha Suruhanjaya Dadah Narkotik (CND), Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB), dan Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC), dalam menangani masalah dadah sedunia yang kian meruncing.

Ini termasuk berkongsi amalan terbaik dalam kawalan dadah dan menyumbang kepada sebahagian daripada Laporan Dadah Sedunia 2025 – yang meneliti kesan sosial penggunaan dadah terlarang, dengan tumpuan diberikan kepada kesan buruk dari segi fizikal dan kesihatan mental.

Demikian dikatakan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam satu hantaran Facebook pada 14 Mac.

Dalam hantaran tersebut, beliau berkongsi kebimbangannya terhadap peningkatan masalah dadah sejagat.

“Masalah dadah sejagat semakin meruncing. Laporan Dadah Dunia 2024 menunjukkan bahawa 292 juta orang telah menyalahgunakan dadah pada 2022 – meningkat 20 peratus dalam sedekad yang lalu.

“Bersama UNODC, Singapura juga telah menganjurkan acara sampingan silang rantau untuk memahami kesan buruk kesihatan dan sosioekonomi penggunaan dadah, serta kesan terhadap keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” kongsi Dr Faishal.

Ini susulan satu laporan UNODC yang menyatakan bahawa Myanmar telah mengambil alih kedudukan Afghanistan sebagai pengeluar opium terbesar dunia.

Dr Faishal, yang menghadiri Sidang ke-68 CND, juga menegaskan komitmen Singapura dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa bagi menangani ancaman dadah.

“Singapura kekal komited dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam memerangi dadah, dan kami berharap untuk menjadi anggota CND bagi penggal 2028 hingga 2031,” ujar Dr Faishal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg