Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fenomena lingkaran cahaya matahari di langit S’pura jadi tarikan

Aug 25, 2025 | 8:04 PM
sun halo, lingkaran cahaya matahari, clementi, singapore
Orang ramai bergembira mengambil gambar fenomena lingkaran cahaya matahari atau ‘sun halo’ di Clementi pada 25 Ogos. - Foto ST

Satu lingkaran cahaya yang muncul di langit Singapura sekitar tengah hari pada 25 Ogos menarik perhatian orang ramai yang melihatnya.

Orang ramai, baik muda mahupun tua, tidak melepaskan peluang merakam dan berkongsi pemandangan luar biasa itu di media sosial.

Fenomena semula jadi tersebut, yang dikenali sebagai lingkaran cahaya matahari atau ‘sun halo’, berlaku apabila cahaya matahari berinteraksi dengan kristal ais di atmosfera.

Ia berlaku apabila awan nipis berada tinggi di langit dan terbentuk daripada kristal ais dan bukan titisan air, disebabkan kedudukannya yang tinggi di atmosfera.

Gambar lingkaran cahaya matahari tersebut dikongsi di media sosial, dengan sebahagian pengguna menggalak yang lain keluar dan menyaksikan sendiri fenomena tersebut, lapor The Straits Times (ST).

Di TikTok, seorang warga Internet berkata: “Jangan lepaskan peluang ini kawan-kawan. Keluar dan saksikan dengan memakai kaca mata hitam.”

Walaupun selamat untuk melihat lingkaran cahaya matahari itu dengan mata kasar, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sebelum ini pernah mengingatkan bahawa adalah berbahaya untuk melihat terus ke matahari tanpa perlindungan yang sesuai.

Cik Natalie Neo sedang bekerja dari rumahnya di Farrer Road, apabila beliau ternampak lingkaran cahaya matahari itu sekitar 12.30 tengah hari.

Itulah kali pertama beliau menyaksikan fenomena indah itu, katanya.

“Saya rasa beruntung kerana dapat melihat sesuatu (luar biasa) seperti ini!” kata wanita berusia 34 tahun itu, yang bekerja dalam bidang kewangan.

Laporan berkaitan
Gurindam kalau berayaMay 15, 2023 | 3:23 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg