Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Festival kanak-kanak, pelancaran buku NKF kegiatan menarik hujung minggu

Feb 27, 2024 | 5:30 AM
Tumbuhan di pemasangan interaktif, ‘Playable Streets’, mengeluarkan bunyi apabila disentuh.
Tumbuhan di pemasangan interaktif, ‘Playable Streets’, mengeluarkan bunyi apabila disentuh. - Foto MICHELLE LI

Festival kanak-kanak ‘March On’

Kanak-kanak yang ke festival ini pasti terpesona dengan pameran tumbuhan yang mengeluarkan bunyi apabila disentuh.

Ia bukan ajaib, tetapi tumbuhan itu telah disambung kepada penderia digital.

Pemasangan interaktif percuma itu, dikenali sebagai The Plants, dihasilkan oleh kumpulan Australia, Playable Streets, dan boleh dilihat di Esplanade – Teater Di Persisiran.

Ia antara tarikan di festival kanak-kanak, March On, di pusat seni itu yang kembali dari 6 hingga 17 Mac.

Ibu bapa dan anak-anak mereka juga boleh menyertai bengkel berbayar oleh Playable Streets untuk mengetahui cara bagaimana tumbuhan biasa di rumah boleh dijadikan alat muzik.

Festival tahunan keempat itu juga mengalu-alukan syarikat seni asing lain, seperti Theatre Madam Bach dari Denmark, yang mempersembahkan Home.

Persembahan bertiket itu, disyorkan untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, menggabungkan seni permainan boneka, muzik dan penceritaan.

Pengunjung juga boleh menikmati barisan kegiatan menarik lain oleh kumpulan seni tempatan juga.

Orang ramai boleh meneroka, Aki’s Playground, pengalaman berbilang deria bertiket oleh kumpulan artis tempatan Play!.

Di taman permainan itu, si cilik boleh mengembara melalui ‘hutan mistik’ dan ‘galaksi kosmos’.

Ketahui lebih lanjut tentang festival itu di www.esplanade.com/marchon.

Pelancaran buku bergambar NKF

Buku bergambar, ‘The Red String’, ditulis oleh pengilustrasi dan penulis tempatan terkenal, Ah Guo, bersama Perry Ho. Ia hasil kerjasama dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF).
Buku bergambar, ‘The Red String’, ditulis oleh pengilustrasi dan penulis tempatan terkenal, Ah Guo, bersama Perry Ho. Ia hasil kerjasama dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF). - Foto FOCUS PUBLISHING

Buku bergambar terbaru oleh pengilustrasi dan penulis tempatan terkenal, Ah Guo, berjudul The Red String, yang ditulis bersama Perry Ho, adalah hasil kerjasama dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF).

Tetapi kerjasama itu tidak ketara kerana tiada mesej menonjol tentang pencegahan penyakit ginjal dalam buku itu.

Sebaliknya, apa yang dapat pembaca nikmati adalah kisah menarik tentang seorang budak lelaki yang belajar tentang mencintai dirinya dan menyayangi keluarganya.

Sedang dia menjejaki tali merah yang melambangkan pilihan hidup, dia menyedari pentingnya membuat keputusan, kerana “setiap pilihan mempengaruhi yang seterusnya”, kongsi penulis buku itu.

Buku ini tidak mempunyai banyak teks bagi memberi ruang kepada ibu bapa dan anak-anak membayangkan dan membincangkan pandangan mereka ketika membaca buku itu bersama-sama.

Temui Ah Guo di pelancaran buku itu pada 2 Mac dari 1 hingga 2 petang di atrium Marina Square, di mana NKF akan mengadakan jerayawara pendidikan tentang kesihatan buah pinggang dari 29 Februari hingga 3 Mac.

Lungsuri laman web, str.sg/giiY untuk butiran acara.

Semua hasil jualan buku itu akan disalurkan kepada pertubuhan kesihatan bukan mencari untung tersebut untuk rawatan dialisis pesakit.

Hingga 17 Mac, orang ramai boleh menikmati potongan 15 peratus daripada harga biasa $12.95 (berkulit lembut) dan $24.95 (berkulit keras).

Buku, The Red String, ditawarkan dalam versi Inggeris dan Cina dan berharga $12 (berkulit lembut) dan $22 (berkulit keras) di jerayawara berkenaan.

Buku itu juga boleh didapatkan di laman web, www.stbooks.sg dan zshop.zaobao.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg