Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Filem seram sambung tayangan selepas terhenti akibat isu teknikal

Nov 8, 2023 | 2:31 PM
FILEM ‘TERGANTUNG’: Penonton filem Five Nights at Freddy’s di pawagam Golden Village (GV) Bugis+ pada Ahad tercengang apabila filem itu tiba-tiba terhenti sejam setelah ia ditayangkan.
FILEM ‘TERGANTUNG’: Penonton filem Five Nights at Freddy’s di pawagam Golden Village (GV) Bugis+ pada Ahad tercengang apabila filem itu tiba-tiba terhenti sejam setelah ia ditayangkan. - Foto TIKTOK/HEYYOJAYDEN

Bayangkan anda sedang menonton cerita seram di pawagam dan skrin tiba-tiba terhenti setengah jalan.

Hal demikian dialami beberapa penonton di pawagam Golden Village (GV) Bugis+ pada Ahad (5/11) semasa menonton Five Nights at Freddy’s – kisah seram yang bermain di pawagam pada hujung Oktober di Singapura – pada tengah hari.

Menukil AsiaOne, jurucakap GV berkata gangguan teknikal itu disebabkan masalah pelayan (server) dan isu tersebut dibaik pulih dalam 10 minit.

“Kami telah menjalankan semakan teknikal bagi memastikan kejadian sedemikian tidak berulang,” jelasnya.

Filem tersebut kemudian disambung semula, tambah GV.

Dalam satu video yang dimuat naik pengguna Tiktok heyyojayden pada Isnin (6/11), seorang kakitangan GV dilihat memberi maklumat tentang gangguan pada tayangan dan filem itu akan ditayangkan semula.

View post on TikTok

Sejak dimuat naik, videonya kini mempunyai lebih sejuta tontonan.

Ada daripada penonton yang merungut apabila mendapat tahu filem itu akan ditayangkan semula manakala ada yang ingin filem itu diteruskan daripada detik ia terhenti.

Menukil AsiaOne pengguna tersebut, yang dikenali sebagai Jayden, berkata sebahagian penonton ke tandas manakala sebahagian pula berkata pengalaman menonton wayang sudah terbantut.

Beliau berkata: “Saya rasa terkilan dan tidak berpuas hati kerana saya ada rancangan selepas filem tersebut tamat.”

Jayden menambah selepas kakitangan GV berjaya mengatasi gangguan tersebut, filem itu disambung semula tetapi ia tidak sambung daripada saat ia terhenti pada awalnya.

“Mereka (kakitangan) cuba mengetahui bahagian yang terhenti jadi mereka elak beberapa babak,” jelasnya.

Beliau turut memuji kakitangan GV yang ada di dalam pawagam dan memaklumkan gangguan teknikal yang berlaku.

Beliau berkata: “Bukan senang untuk berdiri di hadapan penonton dan menyatakan apa yang berlaku.”

Tambahnya, GV juga menyediakan tiket percuma atas kesulitan yang dilalui penonton.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg