Ramadan yang penuh keberkatan kembali menyapa, membawa bersamanya limpahan rahmat Ilahi.
Bulan ini membuka ruang untuk memperkukuh rasa kasih sayang dan melatih hati agar lebih prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik, sambil mengajar tentang hakikat memberi dan berkongsi rezeki.
Bagi firma setempat, Attawasol Insaniy Singapura, dan seperti tahun-tahun sebelumnya, kini membuka peluang kepada masyarakat Islam untuk menyemarakkan amal kebajikan dan berkongsi rahmah dalam pelbagai bentuk.
Syarikat ini menyediakan khidmat khatam Al-Quran, tahlil harian, pembayaran fidyah, serta sumbangan juadah iftar/buka puasa dan tajaan kurma yang merupakan antara wadah yang boleh disertai agar Ramadan kali ini menjadi lebih bermakna buat diri sendiri dan orang lain.
Setiap Ramadan, umat Islam diingatkan bahawa Al-Quran adalah sumber cahaya dan petunjuk. Membaca dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Quran kepada insan yang telah pergi adalah satu bentuk cinta yang terus hidup meskipun mereka telah tiada.
Menurut Pengarah Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, banyak “pemberian atau hadiah” yang boleh dikirimkan oleh si anak kepada ibu bapa mereka. Antaranya, adalah dengan iringan bacaan Al-Quran dan bersedekah.
“Jika kita dianugerahkan Allah swt tidak berada di tempat mereka, sekurang-kurangnya biarlah doa dan sumbangan kita menjadi saksi kasih sayang sesama ummah dan menjadi asbab pandangan rahmat Allah swt untuk kita dan keluarga tercinta kita.
“Seorang anak yang berbakti akan sentiasa mencari jalan untuk berbuat baik kepada ibu bapa mereka, walaupun setelah mereka kembali ke rahmatullah.
“Bacaan Al-Quran yang dihadiahkan kepada mereka akan menjadi cahaya di alam barzakh dan rahmat bagi roh mereka,” jelas Ustaz Dr Leyaket Ali.
Melalui program Khataman Al-Quran Individu, setiap nama arwah yang didaftarkan akan dipadankan dengan seorang qari tahfiz, yang akan membaca 30 juzuk Al-Quran dikhususkan pahala bacaan Al-Quran itu untuk arwah.
Bagi Khataman Jamak, pembacaan akan dilakukan secara berkelompok oleh para hafiz di pesantren Daarut Tauhied, Jawa Tengah.
Bacaan tahlil pula akan dipanjatkan setiap hari sebelum berbuka puasa untuk semua nama-nama arwah yang didaftarkan.
Ustaz Dr Leyaket Ali berkata di daerah pergunungan di Jawa Tengah, Indonesia, masih terdapat ramai keluarga miskin yang berbuka puasa dalam serba kekurangan.
“Ketika kita menikmati juadah berbuka di rumah dengan keluarga, di tempat lain pula ada yang hanya bersandar pada makanan seadanya.
“Tidakkah hati kita tergerak untuk berkongsi rezeki dengan ihsan?” tanya Ustaz Dr Leyaket Ali.
Sebagai sebahagian daripada usaha Attawasol Insaniy, sumbangan juadah iftar dan tajaan makanan diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Dengan sokongan masyarakat Singapura, setiap tahun ribuan keluarga menerima tajaan kurma bermutu tinggi dari Arab Saudi, sementara kambing korban dibeli, dimasak dan diagihkan di kawasan pedalaman.
Kata Ustaz Dr Leyaket Ali:
“Paling menyayat hati, seorang ibu warga emas di Jawa Tengah pernah berbisik kepada saya:
‘Ini kali pertama dalam hidup saya dapat makan kurma sebaik ini’.
“Ramadan adalah masa untuk berkongsi nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
“Sedikit yang kita sumbangkan mungkin sekadar nombor bagi kita, tetapi ia adalah kehidupan bagi mereka yang menerima”.
Bagi mereka yang tidak berupaya untuk berpuasa kerana uzur, Islam memberikan jalan keluar dengan membayar fidyah – satu bentuk tanggungjawab yang memastikan mereka yang kurang berkemampuan mendapat makanan.
Attawasol Insaniy menerima pembayaran fidyah, yang kemudiannya akan diagihkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dalam bentuk beras.
“Marilah kita bersama menyebarkan rahmah, menyatukan ummah, dan menyampaikan amanah.
“Semoga setiap sumbangan menjadi cahaya yang menerangi perjalanan kita ke akhirat,” tambah Ustaz Dr Leyaket Ali.
SEKILAS
Cara Membuat Sumbangan:
1. Salurkan sumbangan anda melalui pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 6421-4943-9001, atau PayNow ke UEN T17LL0787E. Sila WhatsApp nama dan jumlah sumbangan anda ke talian 9272-9132, setelah membuat pemindahan.
2. Penghantaran cek atas nama Attawasol Insaniy LLP.
3. Pengambilan dari rumah juga disediakan. Tarikh tutup penyertaan 22 Mac 2025 bersamaan 21 Ramadan 1446 Hijrah. Sila hubungi pejabat syarikat di talian 6344-6334, 8874-8848 atau 9027 3547.
* Pendaftaran melalui dalam talian bit.ly/RegBR2025
* Attawasol Insaniy terletak di 152 Still Road, Singapura 423991.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg