Attawasol Insaniy Singapura menyediakan khidmat korban yang dimampui dan keuntungannya kemudian disalurkan kepada rumah anak yatim di Indonesia, yang dibina atas belas ihsan masyarakat Singapura.
Berbekal cogan kata “Menyatukan Ummah, Menyebarkan Rahmah, Menyampaikan Amanah”, Attawasol Insaniy, syarikat setempat bersama anak syarikatnya, PT Attawasol Insaniy Indonesia, diasaskan dan dimiliki bersama Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar dan adiknya, Encik Mohamed Anuar Mohamed Omar.
Ia ditubuhkan secara rasmi pada 2016 untuk menyediakan khidmat korban, akikah dan nazar kambing daripada masyarakat Singapura kepada masyarakat Indonesia di Jawa Tengah. Khidmat ini adalah usaha murninya dalam perkembangan rumah anak yatim di Yogyakarta.
Attawasol Insaniy menyantuni anak Panti Asuhan Daarut Taqwa selama lima tahun. Rumah anak yatim yang terbangun daripada usaha masyarakat Singapura ini menampung 86 anak kecil.
Namun, terdapat ramai anak-anak yang masih menunggu, terutama yang berumur di bawah tujuh tahun.
“Kadangkala, kami terima bayi baru lahir ditinggalkan di depan pintu rumah tiga tingkat ini. Oleh itu, tahun demi tahun kami berwawasan mahu membantu menaik mutu hidup mereka, khasnya buat bayi hingga anak 7 tahun,” jelas Ustaz Dr Leyaket Ali, 48 tahun.
Menurutnya, menerusi sumbangan masyarakat Singapura dan keuntungan daripada muamalat mereka seperti ibadah korban, Attawasol Insaniy dapat membawa senyuman kepada anak-anak ini dengan melengkapkan tempat tinggal selayaknya, pakaian, alat tulis, beg sekolah, basikal, van pengangkutan, mesin basuh kain, kipas angin, Al-Quran, dan makanan harian mereka.
“Setiap bulan, selama lima tahun ini kami berusaha luangkan masa bersama mereka, setiap kali itu jugalah hati kami semakin terkesan, sayang, malu dan bersyukur. Terkesan dengan kehidupan mereka yang amat sederhana tanpa ibu bapa, tapi tetap ceria,” tambahnya yang bersyukur kerana manfaat yang diraih dari segi kerohanian lebih besar nilainya daripada manfaat keduniaan yang mereka hulurkan kepada mereka.
Ustaz Dr Leyaket Ali berkata: “Kami tawar harga tanpa perantaraan serendah $170 bagi seekor kambing termasuk sijil lengkap bersama gambar kambing, dan antara ciri khas adalah Attawasol Insaniy juga mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 30 juz dan doa selamat untuk semua nama peserta yang menjalankan ibadah korban bersama kami, tambahan nilai pula, sebahagian usaha ini adalah untuk menampung perbelanjaan rumah anak yatim tanggungan kami.”
Attawasol Insaniy memiliki sebuah syarikat penternakan, Attawasol Farm, di Jawa Tengah yang memelihara lebih 3,500 kambing.
Bagi ibadah korban, setiap bahagian kambing seperti bulu, kepala, perut dan lainnya akan diagihkan.
Pemilihan penerima daging korban ditentukan oleh pemerintah daerah yang lebih mengetahui penduduk yang layak menerima, termasuk rumah anak yatim, pelajar tahfiz dan pesantren.
Ini sesuai dengan Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani Attawasol Insaniy bersama Datuk Bandar (Bupati) Yogyakarta demi memastikan ibadah korban dijalankan sepenuhnya di Jawa Tengah dengan pengetahuan pemerintah daerah dan tokoh masyarakat di sana.
Cara-cara membuat tempahan khidmat korban, akikah atau nazar:
1. Daftar secara peribadi di pejabat Attawasol Insaniy di:
– Madrasah Khairiah di 152, Still Road, Singapura 423991.
– Shubby Sweets Bakery, Blok 42 di Chai Chee (belakang Masjid Ansar).
– Goldmas Jewellery di cawangan 103 Arab Street.
2. Secara dalam talian di https://bit.ly/attawasolqurban2024.
3. Melalui aplikasi WhatsApp: Isi nama ‘sohibul korban’ dan alamat lengkap disertai bukti transaksi pembayaran. Hantar ke talian 9027-3547, 9272-9132, atau 8874-8848.
4. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 6421-4943-9001.
5. PayNow: T17LL0787E.
6. Khidmat pengambilan dari rumah tanpa caj. Hubungi talian 8874-8848.
* Tarikh terakhir tempahan ibadah korban ialah Hari Raya Aidiladha, 17 Jun, 12 tengah hari. Tiada tarikh akhir untuk ibadah akikah dan nazar.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg