Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Firma gagal lengkapkan kerja ubah elok, polis terima 7 aduan

Jun 2, 2023 | 5:30 AM
TIDAK DAPAT PINDAH: Sebuah keluarga terpaksa tinggal di chalet selama lebih sebulan kerana rumah baru mereka belum siap.
TIDAK DAPAT PINDAH: Sebuah keluarga terpaksa tinggal di chalet selama lebih sebulan kerana rumah baru mereka belum siap. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

TUJUH laporan polis telah dibuat terhadap sebuah syarikat ubah elok dan pemiliknya selepas menerima sebahagian bayaran tetapi gagal melengkapkan kerja ubah elok rumah seperti yang dijanjikan.

Persatuan Pengguna Singapura (Case) pula berkata ia telah menerima tiga aduan terhadap syarikat itu, Icon Design & Build Consultants, bagi tempoh 1 Mei 2023 hingga 24 Mei 2023. Ia tidak menerima sebarang aduan terhadap syarikat tersebut sebelum Mei 2023.

Pemilik syarikat itu juga didakwa pelanggan, telah menghilangkan diri dan tidak menjawab pertanyaan selepas 2 Mei.

Dua pelanggan memberitahu Berita Harian (BH) mereka secara bersama telah membayar sekitar $100,000 kepada syarikat berkenaan.

Polis memberitahu BH siasatan sedang dijalankan.

Menjawab pertanyaan BH, Presiden Case, Encik Melvin Yong, berkata ia menerima tiga aduan mengenai syarikat itu berkenaan “projek pengubahsuaian rumah yang belum siap di mana kontraktor pengubahsuaian tidak dapat dihubungi”.

Awal daripada itu, Berita Harian (BH) pada 25 Mei telah melaporkan berkenaan catatan viral di Facebook, yang mana pengguna Ayda Ayn menyatakan rumah salah seorang anggota keluarganya terjejas dek syarikat renovasi rumah yang didakwanya menghilangkan diri.

Buat masa ini, percubaan BH untuk menghubungi pemilik syarikat itu menerusi nombor telefon bimbit dan nombor telefon pejabat tidak berhasil.

BH juga mengunjungi rumah pemilik syarikat pada 31 Mei, di mana seorang wanita yang mendakwa dirinya isteri pemilik syarikat itu berkata beliau tidak mendengar khabar daripada suaminya sejak 2 Mei.

Wanita itu mendakwa telah membuat laporan orang hilang kepada polis.

Dalam pada itu, pemeriksaan BH menunjukkan syarikat Icon Design & Build Consultants masih aktif berdasarkan maklumat di laman web Penguasa Pengawalan Korporat dan Perakaunan dan Korporat (Acra).

Namun, apabila BH pergi ke pejabat syarikat itu pada 26 Mei, ia didapati telah ditutup dan ada iklan yang mengatakan ruang itu hendak disewakan.

SUDAH DITUTUP: Pejabat syarikat ubah elok yang pemiliknya disyaki menghilangkan diri sudah ditutup dan disenarai untuk disewa.
SUDAH DITUTUP: Pejabat syarikat ubah elok yang pemiliknya disyaki menghilangkan diri sudah ditutup dan disenarai untuk disewa. - Foto BH oleh MUHAIMIN SUZAINI
SUDAH DITUTUP: Pejabat syarikat ubah elok yang pemiliknya disyaki menghilangkan diri sudah ditutup dan disenarai untuk disewa.
SUDAH DITUTUP: Pejabat syarikat ubah elok yang pemiliknya disyaki menghilangkan diri sudah ditutup dan disenarai untuk disewa. - Foto BH oleh MUHAIMIN SUZAINI

Laman web CommercialGuru, yang menyenaraikan ruang komersial, telah menunjukkan unit yang sama dalam senarai hartanah untuk disewa apabila BH melayari laman web itu pada 26 Mei. Namun, pemeriksaan susulan BH pada Khamis tidak menemukan iklan tersebut.

Syarikat itu juga tidak disenaraikan dalam daftar kontraktor renovasi di laman web Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg