Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Foodpanda tingkat keselamatan rakan penghantaran

Oct 7, 2024 | 7:47 PM
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, bersama seorang rakan kongsi penghantaran Foodpanda menghadiri demonstrasi keselamatan jalan raya pada 7 Oktober di Pusat Memandu ComfortDelGro (CDC) di Ubi Avenue 4.
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, bersama seorang rakan kongsi penghantaran Foodpanda menghadiri demonstrasi keselamatan jalan raya pada 7 Oktober di Pusat Memandu ComfortDelGro (CDC) di Ubi Avenue 4. - Foto FOODPANDA

Rakan kongsi penghantaran Foodpanda akan dilengkapkan dengan sumber pengetahuan dan kemahiran untuk mengemudi jalan raya dengan yakin dan selamat melalui Bulan Keselamatan Penunggang Penghantaran atau Rider Safety Month.

Dilancarkan pada 7 Oktober oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Bulan Keselamatan Penunggang Penghantaran adalah kerjasama Foodpanda bersama Polis Trafik (TP).

Menurut kenyataan Foodpabda, daya utama baru itu bertujuan meningkatkan keselamatan rakan kongsi penghantaran Foodpanda di jalan raya, dengan kegiatan selama sebulan.

Ia termasuk bengkel keselamatan, ceramah oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan TP, pemberian peralatan keselamatan, dan ganjaran keselamatan untuk rakan penghantaran Foodpanda yang menunjukkan amalan selamat di jalan raya.

Dr Faishal, yang hadir selaku tetamu terhormat bagi acara pelancaran yang dihadiri 45 rakan kongsi penghantaran di Pusat Memandu ComfortDelGro (CDC) di Ubi itu, berkata:

“Ramai penunggang penghantaran menghabiskan masa yang lama di jalan raya, tidak kira hujan atau panas, untuk menyediakan khidmat penghantaran.

“Oleh itu, adalah penting bagi pengendali platform mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan mereka.

“Kerjasama ini adalah sebahagian daripada kempen Singapore Ride Safe oleh TP, yang berusaha menggalakkan tingkah laku menunggang yang selamat dalam kalangan penunggang motosikal, termasuk penunggang penghantaran.

“Saya fikir adalah penting bahawa usaha sedemikian bukan sahaja membantu mengurangkan kemalangan, bahkan menyumbang kepada mewujudkan jalan dan laluan yang lebih selamat untuk semua.”

Pada Oktober, rakan kongsi penghantaran Foodpanda boleh mendaftar dan mengambil bahagian dalam kursus latihan keselamatan secara langsung, yang dikendalikan oleh penyedia latihan CDC dan Persekutuan Berbasikal Singapura (SCF).

Kursus itu disesuaikan mengikut jenis kenderaan dan akan memberi tumpuan kepada teknik praktikal, pengurusan bahaya dan banyak lagi.

Peserta kursus juga layak mendapat ganjaran keselamatan sehingga $300 daripada Foodpanda sekiranya mereka mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan keselamatan jalan raya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg