Sejak kemunculan terakhir di Padang pada 2019, segmen perarakan kenderaan tentera kini kembali pada Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025.

Kali ini dengan format baru yang menampilkan aset udara, darat dan maritim daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Home Team dan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA).

Selami aksi perarakan kenderaan tentera yang berlangsung di Padang, dipaparkan melalui empat segmen iaitu ‘Pertahankan Negara Kita’, ‘Kekuatan Kita dalam Tindakan’, ‘Menjamin Keselamatan Singapura’ dan ‘Dari Generasi ke Generasi’.