Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Forum dua hala peringkat tinggi S’pura-China kembali pada Jun: Chee Hean

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Forum dua hala peringkat tinggi S’pura-China kembali pada Jun: Chee Hean

Mar 22, 2024 | 05:22 PM



Singapura akan memulakan semula forum dua hala peringkat tinggi dengan China yang dijangka berlangsung di sini pada Jun.

Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean berkata Forum Tadbir Urus Sosial Singapura-China itu penting sebagai wadah perbincangan bagi pelbagai isu yang dihadapi kedua-dua negara.

Forum tersebut kali terakhir diadakan pada 2016.

Encik Teo berkata demikian pada pertemuan dengan ketua keselamatan China, Encik Chen Wenqing pada 22 Mac, lapor The Straits Times.


“Kami merancang bertemu pada Jun tahun ini (2024) di Singapura dan kami mengalu-alukan kedatangan Setiausaha Chen ke Singapura,” kata Encik Teo di Wisma Negeri Diaoyutai, di mana kedua-dua pemimpin itu bertemu buat kali pertama.

Encik Chen ialah setiausaha Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Undang-undang China, yang mengawasi aparat penguatkuasaan undang-undang negara itu, termasuk polis, mahkamah dan pejabat pendakwa.

Encik Teo berada pada hari terakhir lawatan rasmi enam hari ke China – lawatan rasmi pertama beliau ke negara itu sejak 2019 – di mana beliau turut singgah di wilayah Sichuan dan Zhejiang.

Sehari sebelum itu di Beijing, Encik Teo menekankan kepentingan pertukaran dua hala antara pemerintah Singapura dan China serta pegawai parti dalam pertemuan dengan presiden Sekolah Parti Pusat Chen Xi.

Forum Tadbir Urus Sosial Singapura-China kali pertama diadakan di Singapura pada 2012. Ini diikuti pertemuan di Beijing pada 2014 bagi pegawai utama dari kedua-dua negara berkongsi pengalaman dalam topik seperti mengurus kepelbagaian antara kaum dan agama.

Edisi ketiga forum itu diadakan di Singapura pada 2016 di mana Encik Teo dan Encik Meng Jianzhu yang ketika itu setiausaha Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Undang-undang China telah menyampaikan ucaptama.

Pada pertemuan dengan Encik Chen Wenqing di Beijing, Encik Teo berkata forum tadbir urus sosial itu melengkapkan dua forum dua hala lain – Majlis Bersama untuk Kerjasama Dua Hala (JCBC) dan Forum Kepimpinan – yang beliau turut mempengerusikan bersama selama ini.

Pertemuan ini membolehkan pertukaran tetap antara pegawai atasan dari kedua-dua negara.

Encik Chen berkata beliau gembira dapat bekerjasama dengan Encik Teo untuk mengadakan “pertukaran pandangan yang mendalam mengenai kerjasama kami dalam bidang seperti tadbir urus sosial, keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang, dan pembinaan kedaulatan undang-undang”.

Encik Teo berkata, 2024 merupakan tahun penting bagi hubungan dua hala, kerana ia menandakan tahun ke-30 Taman Perindustrian Suzhou dan mesyuarat JCBC ke-20.

Pemegang jawatan politik Singapura lain yang menghadiri mesyuarat itu termasuk Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon; Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How; dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >