Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Konflik di Asia harus dielak: Ng Eng Hen

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Konflik di Asia harus dielak: Ng Eng Hen

Feb 18, 2024 | 05:04 PM



Dunia tidak mampu menghadapi konflik di Asia dan ia harus dielakkan walau dengan apa cara sekalipun, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.

Beliau menambah usaha mengelak konflik seperti itu dilakukan dalam forum pelbagai hala dan melalui penyelesaian diplomatik.

Dr Ng bercakap pada 17 Februari di Persidangan Keselamatan Munich ke-60 di Jerman, satu persidangan keselamatan peringkat tinggi tahunan yang menghimpunkan ketua pemerintah, menteri pertahanan dan luar negara, ahli parlimen, pemimpin tentera dan pakar keselamatan dari seluruh dunia.

Beliau menyertai perbincangan panel bertajuk ‘Menghubungkan Hemisfera: Menjajarkan Keutamaan Strategik dalam Era Pelbagai Krisis’, bersama Menteri Pertahanan Persekutuan Jerman Encik Boris Pistorius dan Menteri Pertahanan dan Perkhidmatan Negara Tanzania Encik Stergomena Tax.

Ketika ditanya mengenai jumlah perbelanjaan pertahanan yang besar di Indo-Pasifik dan sama ada terdapat perlumbaan senjata, Dr Ng berkata negara tidak boleh dihalang daripada memutuskan perbelanjaan untuk melindungi kepentingan mereka.

Beliau menyatakan bahawa menjelang 2030, Amerika Syarikat akan membelanjakan kira-kira AS$1 trilion ($1.35 trilion) untuk pertahanan manakala China akan membelanjakan kira-kira AS$500 bilion ($675 bilion).

Dr Ng juga menegaskan bahawa tiada siapa yang meramalkan konflik Israel-Hamas beberapa tahun lalu.

“Pengajaran untuk ini sangat jelas. Kita harus mengelak konflik di Asia dalam apa jua keadaan,” katanya.

Dr Ng menambah bahawa dunia “tidak boleh mempunyai tiga teater ketidakstabilan serentak”.

Beliau merujuk kepada perang antara Russia dan Ukraine, konflik Israel-Hamas dan pertikaian antara Amerika dan China.

“Jika memang ada konflik atas sebab apapun antara Amerika dan China, saya fikir kita akan memusnahkan masa depan kita, baik untuk tempoh 10, 20 atau 30 tahun,” katanya.

Dr Ng juga berkata beliau ‘tidak boleh tidur malam’ memikirkan prospek tindak laku agresif Russia diberi ganjaran jika sokongan politik sama ada dari Eropah Barat atau Amerika kepada Ukraine goyah sedang perang berlarutan.

“Itu membuatkan saya terjaga pada waktu malam, kerana jika itu peraturan yang ditetapkan, maka tidak ada masa depan untuk negara-negara kecil seperti Singapura dan itulah sebab mengapa kami membantah awal-awal lagi, pencerobohan Russia di Ukraine,” katanya.

“Negara-negara perlu bertindak untuk melindungi kepercayaan dan cara hidup mereka.”

Mengenai cara meningkatkan kerjasama, Dr Ng berkata penglibatan ketenteraan adalah penting terutamanya jika terdapat potensi risiko agresif.

“Jadi, di Asean... kami sedang meningkatkan, sebagai contoh, penglibatan ketenteraan, kira-kira 18 negara dan kami perlu terus mengusahakannya,” ujar Dr Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >