Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

FSC PPIS Timur tubuh program kerjasama dengan gelandangan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FSC PPIS Timur tubuh program kerjasama dengan gelandangan

Jan 07, 2024 | 05:30 AM



Pusat Perkhidmatan Keluarga (FSC) Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) Timur telah melancarkan program baru yang bertujuan menghampiri anggota masyarakat yang hidup gelandangan demi membina kepercayaan mereka dan menggalakkan mereka bersikap lebih terbuka untuk menerima bantuan.

Program ini ditubuhkan pada 2022 selepas FSC PPIS Timur menurut serta dalam projek Pengiraan Jalanan Sekolah Dasar Awam LKY pada 2021 dan 2022, yang menunjukkan bahawa kawasan di sekitaran FSC PPIS Timur yang terletak di Wisma Geylang Serai mempunyai ramai gelandangan. 

Penolong kanan pekerja sosial FSC PPIS Timur Cik Suhaili Saad, 38 tahun, berkata pasukannya akan berjalan di kawasan Geylang Serai untuk mengenal pasti kawasan-kawasan tertentu, di mana, gelandangan berkumpul. 

Menurut laporan terbaru dari Sekolah Dasar Awam LKY, ada seramai 530 gelandangan yang dikenal pasti semasa pengiraan jalanan semalaman pada April 2023.

Menerusi pengalaman pasukan FSC PPIS Timur bekerjasama dengan gelandangan tersebut, mereka dapati bahawa ada gelandangan pilih untuk hidup sebegitu walaupun mereka sedar ada bantuan sedia ada, kerap kali akibat sebab-sebab peribadi. 

Justeru, tujuan inisiatif FSC PPIS Timur adalah untuk membina kepercayaan dengan gelandangan, membolehkan pasukannya menawarkan sokongan untuk keperluan individu. 

Proses ini melibatkan mengenali gelandangan dan membiasakan diri mereka dengan pasukan FSC PPIS Timur. Pihak FSC PPIS Timur juga perlu memahami keperluan unik mereka. 

Secara purata, FSC PPIS Timur menerima tujuh pertanyaan setiap bulan di kalangan gelandangan.

Menyusuli pertanyaan tersebut, FSC PPIS Timur akan membuat penilaian tentang keperluan gelandangan untuk memberi mereka arah tuju kepada pelan intervensi buat klien tersebut. Mereka kemudian akan dirujuk ke tempat perlindungan sementara atau peralihan bergantung pada keperluan mereka. 

Selepas itu, FSC PPIS Timur akan bekerjasama dengan mereka untuk melakar rancangan supaya mereka boleh mendapat pilihan perumahan tetap. 

Mengulas tentang pelbagai jenis bantuan dan sebab klien hidup gelandangan, Cik Suhaili berkata: 

“Ia bergantung pada individu. Ada klien memerlukan tempat tinggal selepas melalui proses perceraian, ada klien tidak layak mendapat rumah akibat sejarah perumahan yang lalu. Ada klien pilih untuk hidup gelandangan kerana hubungan tegang  bersama keluarga, sementara ada klien terpaksa hidup gelandangan kerana mereka dihalau daripada rumah.

“Dari segi keperluan mereka, ada mungkin memerlukan bantuan kewangan, ada mungkin perlukan sokongan untuk mendapat pekerjaan stabil dan ada memerlukan bantuan untuk memperbaiki hubungan mereka dengan ahli keluarga mereka.” 

Katanya lagi, “Bagi beberapa klien, kami juga mungkin telah mengatur beberapa sesi dengan keluarga mereka untuk memahami sebab-sebab lebih mendalam di sebalik nasib gelandangan mereka.”

Antara cabaran utama pasukan PPIS FSC Timur adalah untuk memastikan agar klien setuju dan komited pada pelan aksi yang dilakar untuk mereka. Ini kerana ada klien kadang-kala mahu bantuan yang melampaui keupayaan agensi akibat sumber terhad.

Satu lagi cabaran PPIS FSC Timur adalah kekurangan sumber. Tempat perlindungan sementara mempunyai kekosongan terhad dan klien mungkin perlu menunggu lama sebelum mereka boleh mendapat tempat. 

Menurut Cik Suhaili lagi, kadar kejayaan program bantuan gelandangan bergantung pada keupayaan klien untuk mendapatkan pilihan perumahan tetap. 

Lebih kurang 30 peratus klien mereka berjaya mempunyai perumahan tetap yang selamat, seperti tempat tinggal sewa awam. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >