Jumlah gelandangan yang berkurangan memaparkan kesan pendekatan menyeluruh pemerintah bersama agensi serta rakan kongsi masyarakat dalam menghadapi masalah tersebut.
Namun, program serta bantuan yang disediakan perlu dipertingkat untuk terus menepati keperluan serta mencari huraian bagi masalah kompleks yang biasa dihadapi golongan itu, menurut beberapa pertubuhan masyarakat – termasuk badan Melayu/Islam (MMO) dan masjid.
Ia termasuk memahami dengan lebih mendalam isu golongan gelandangan yang pelbagai, membangun keupayaan agensi dalam menghadapi cabaran lain seperti kesihatan mental, penagihan dan keganasan.
Jumlah gelandangan di Singapura berkurangan 40 peratus kepada 530 pada 2022, berbanding 921 pada 2019, menurut laporan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berdasarkan kiraan jalanan yang dilakukan pada 2022.
Sejak 2022, pusat khidmat keluarga PPIS (Persatuan Pemudi Islam Singapura) FSC East menjalankan program bagi menjalin hubungan yang baik serta kepercayaan golongan gelandangan di kawasan timur Singapura untuk memahami cabaran mereka serta menggalak golongan itu agar lebih terbuka menerima bantuan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg