SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Gaji kelayakan minimum bagi pemohon Pas Pekerjaan dinaikkan pada 2025

Gaji kelayakan minimum bagi pemohon Pas Pekerjaan dinaikkan pada 2025

Mar 4, 2024 | 9:23 PM

Gaji kelayakan minimum bagi pemohon Pas Pekerjaan dinaikkan pada 2025

Sekilas perbincangan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Sekilas perbincangan Kementerian Tenaga Manusia (MOM). - Foto fail

Gaji kelayakan minimum bagi pemohon Pas Pekerjaan dinaikkan pada 2025

Gaji kelayakan minimum bagi pemohon Pas Pekerjaan (EP) baru akan dinaikkan mulai 2025 daripada $5,000 kepada $5,600.

Bagi pemohon EP baru dalam sektor khidmat kewangan, gaji kelayakan minimun akan dinaikkan kepada $6,200 daripada $5,500 sekarang, umum Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Gaji kelayakan baru itu akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2026.

Sokongan bagi pekerja bergaji rendah

Pemerintah bekerjasama rapat dengan majikan dan kesatuan bagi menyokong kemajuan pekerja bergaji rendah secara mampan, menurut Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.

Menurutnya, sekitar 155,000 pekerja bergaji rendah dalam sembilan sektor dan pekerjaan kini terangkum di bawah Model Gaji Progresif (PWM).

Jumlah tersebut lima kali ganda berbanding pada 2020, katanya.

Pengalaman bekerja luar negara

Bagi warga Singapura yang ingin meraih pengalaman bekerja di luar negara, pemerintah akan memperkenalkan dua daya usaha bagi memperluas peluang berkaitan.

Program Pemimpin Perniagaan Global akan menyediakan sokongan kepada pekerja untuk meraih peluang seperti bekerja dan program pengurusan eksekutif di luar negara.

Ini selain Program Penyerapan Pasaran Luar Negara akan membantu syarikat yang ingin menebar sayap di luar negara.

Laporan berkaitan
Sekilas perbahasan COS MOEMar 4, 2024 | 8:25 PM
Sekilas Bahas Belanjawan MindefFeb 29, 2024 | 6:28 PM
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg