Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

‘Galak pelajar guna bahasa Melayu secara kreatif, relevan’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Galak pelajar guna bahasa Melayu secara kreatif, relevan’

Maliki berucap sewaktu Peraduan TikTok dan Video anjuran Berita Harian di WGS
Mar 27, 2024 | 05:57 PM



Kaedah yang kreatif dan relevan amat perlu dalam era digital bagi menggalak penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan para pelajar, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.

Berucap di Peraduan TikTok dan Video bagi pelajar yang pertama kali dianjurkan oleh akhbar pelajar Berita Harian (BH), Gen G, beliau berkata pertandingan itu menunjukkan bahawa bahasa Melayu dapat digunakan dalam bentuk yang kreatif dan baru bagi menarik minat pelajar.


Dengan memerlukan para pelajar menghasilkan video atau TikTok berdasarkan karya-karya seni seniman agung Tan Sri P. Ramlee, pertandingan itu menunjukkan bahawa ia bukan sahaja membolehkan pelajar menggunakan bahasa Melayu dengan cara yang menyeronokkan dan menarik, bahkan mereka juga dapat diperkenalkan dengan ikon budaya dalam masyarakat.

“Saya amat teruja apabila mendapat tahu bahawa akhbar pelajar Berita Harian, Gen G, telah menganjurkan pertandingan ini bagi pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menggunakan dan belajar bahasa Melayu dengan cara yang menyeronokkan dan menarik melalui penghasilan video Tik Tok.

“Ini adalah kerana kami sedar akan kekerapan pelajar-pelajar sekarang menggunakan peranti komputer, telefon bijak dan media sosial dalam aktiviti harian mereka.

“Kami percaya bahawa era digital yang semakin pesat memerlukan pendekatan yang kreatif dan relevan untuk menggalak penggunaan bahasa ibunda kita,’’ kata Dr Maliki di Majlis Penyampaian Hadiah bagi pertandingan itu di Wisma Geylang Serai pada Rabu, 27 Mac.

Pertandingan itu menarik sambutan menggalakkan, dengan 69 kumpulan dari sekolah menengah dan 36 kumpulan dari sekolah rendah mengambil bahagian.

Setiap sekolah boleh menghantar maksimum dua kumpulan dan mereka perlu menghasilkan video atau TikTok tidak lebih daripada seminit.

Dengan mengenalkan karya-karya klasik seperti filem-filem P. Ramlee kepada pelajar, Dr Maliki berharap para pelajar dapat menghayati keindahan bahasa Melayu serta nilai-nilai yang terkandung di dalamnya.

“Filem-filem beliau tidak hanya mempunyai jalan cerita yang menarik malah mengandungi dialog-dialog yang kaya dengan bahasa yang indah.

“Ini dapat membantu meningkatkan kefasihan berbahasa Melayu serta memperkukuhkan pemahaman terhadap nilai-nilai budaya kita,’’ tambahnya.

Editor Berita Harian, Encik Nazry Mokhtar, berkata pertandingan itu diperkenalkan dalam usaha BH dan Gen G dekati golongan muda.

“Gen G dan Berita Harian akan terus anjurkan kegiatan menarik bagi menarik minat pelajar dalam penggunaan bahasa Melayu dengan cara kreatif. Sejak setahun lalu, kami telah giatkan usaha mendekati para pelajar kerana golongan muda merupakan audiens penting akhbar BH.

“Kami telah merombak semula Gen G untuk pastikan kandungannya lebih menarik bagi pelajar. Selain itu, kami akan terus adakan bengkel-bengkel berguna seperti bengkel Podcast dan kem wartawan muda,’’ kata Encik Nazry.

Juara bagi pertandingan itu ialah Sekolah Rendah West Spring (Kumpulan Geng 20 Persen!) bagi kategori sekolah rendah dan Sekolah Menengah Commonwealth (Kumpulan Kelab Wanita Berwawasan) bagi kategori sekolah menengah. Mereka terima e-baucar bernilai $1,000 daripada CapitaLand, trofi dan sijil.

Peraduan diadili oleh panel pengadil iaitu Pakar Kanan Rekaan Media Untuk Pembelajaran Kementerian Pendidikan (MOE), Cikgu Asnida Daud; Pengarah Urusan Inkhouse Media Pte Ltd (Singapura), Datuk Khairul Anwar Salleh; dan Ketua Bahagian Gaya Hidup BH, Cik Haryani Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >