Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Galeri Nasional S’pura dibuka semula susulan kebakaran

Sep 10, 2025 | 6:48 PM
Satu notis mengenai pembukaan semula galeri tersebut telah disiarkan di laman maklumat pelawat di laman web Galeri Nasional Singapura, yang menyatakan galeri tersebut telah diisytiharkan selamat.
Satu notis mengenai pembukaan semula galeri tersebut telah disiarkan di laman maklumat pelawat di laman web Galeri Nasional Singapura, yang menyatakan galeri tersebut telah diisytiharkan selamat. - Foto ST

Galeri Nasional Singapura dibuka semula sepenuhnya kepada orang ramai mulai 10 pagi pada 10 September, selepas satu kebakaran berlaku di premis tersebut pada 9 September.

Satu notis mengenai pembukaan semula galeri itu telah disiarkan di laman maklumat pelawat di laman web muzium itu, yang menyatakan galeri tersebut telah diisytiharkan selamat selepas pemeriksaan menyeluruh oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

“Keselamatan pelawat, kakitangan dan koleksi (karya seni) kami kekal sebagai keutamaan kami.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua atas keprihatinan dan pemahaman mereka,” menurut kenyataan itu.

Pada 9 September, satu kebakaran berlaku di kawasan akses kakitangan muzium tersebut. Tiada kerosakan pada mana-mana karya seni.

Menurut SCDF, ia dimaklumkan tentang kebakaran melibatkan panel kawalan elektrik di tingkat pertama muzium tersebut pada 9.05 pagi.

Api dipadam segera oleh Pasukan Respons Kecemasan Syarikat (Cert) sebelum pasukan bomba tiba, lapor The Straits Times (ST).

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat.

Bahagian galeri City Hall Wing dan Atrium Padang muzium tersebut didapati selamat untuk dibuka semula pada tengah hari 9 September, susulan pemeriksaan menyeluruh oleh SCDF.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg