Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Garis masa dapatkan pengiktirafan kebaya oleh Unesco

Dec 6, 2024 | 4:24 PM
Wakil dari lima negara di Asuncion, Paraguay, mengusahakan pengiktirafan kebaya dalam senarai Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada 4 Disember.
Wakil dari lima negara di Asuncion, Paraguay, mengusahakan pengiktirafan kebaya dalam senarai Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada 4 Disember. - Foto NHB

Separuh pertama 2022

Malaysia mulakan pertemuan bersama Singapura dan negara-negara lain untuk membincangkan tentang pencalonan kebaya secara multinasional.

Ogos hingga Okt 2022

Lembaga Warisan Negara (NHB) menganjurkan enam perbincangan kumpulan fokus (FGD) dengan pihak berkepentingan (Kawan Kebaya) untuk dapatkan pandangan mengenai kepentingan sosial dan budaya kebaya serta pencalonan multinasional tersebut.

1 hingga 3 Nov 2022

Malaysia menganjurkan bengkel bersama di Port Dickson. Komuniti dan wakil-wakil negeri dari negara-negara terlibat berkongsi langkah pemuliharaan dan menyokong pencalonan tersebut.

23 Nov 2022

Pencalonan multinasional kebaya diumumkan untuk dimasukkan dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) Unesco. Negara-negara yang terlibat bersetuju untuk bekerjasama, menekankan kepentingan kebaya dalam konteks budaya di seluruh Asia Tenggara.

Feb 2023

Indonesia menjadi tuan rumah bengkel bersama di Jakarta (6-8 Februari 2023). Negara-negara terlibat membincangkan borang pencalonan yang disemak semula dan memberi maklumat tambahan.

Mac 2023

Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand mengemukakan fail pencalonan kepada Unesco untuk penilaian.

Mac 2023 hingga akhir 2024

Proses penilaian oleh Unesco dijalankan.

Dokumen-dokumen tersebut disemak oleh Badan Penilaian (EB) yang dianggotai 12 pakar, dan cadangan dibuat kepada Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang dianggotai 24 negara untuk keputusan akhir.

4 Nov 2024

Badan Penilaian mencadangkan pencalonan “Kebaya: Pengetahuan, Kemahiran, Tradisi dan Amalan” untuk pengiktirafan.

4 Dis 2024

IGC mengumumkan kejayaan pengiktirafan “Kebaya: Pengetahuan, Kemahiran, Tradisi dan Amalan” dalam Senarai Representatif pada malam 4 Disember.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg