Garis panduan biaya kursus SkillsFuture diperketat untuk 9,500 kursus, libat 500 penyedia latihan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Garis panduan biaya kursus SkillsFuture diperketat untuk 9,500 kursus, libat 500 penyedia latihan

Jan 27, 2026 | 6:57 PM

Garis panduan biaya kursus SkillsFuture diperketat untuk 9,500 kursus, libat 500 penyedia latihan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Garis panduan yang diperketat itu berkuat kuasa mulai 31 Disember 2025 dan akan dikenakan ke atas 500 penyedia latihan yang menawarkan 9,500 kursus.
Garis panduan yang diperketat itu berkuat kuasa mulai 31 Disember 2025 dan akan dikenakan ke atas 500 penyedia latihan yang menawarkan 9,500 kursus. - Foto fail

Penyedia latihan yang memohon kelulusan bagi pembiayaan kursus perlu mematuhi garis panduan yang lebih ketat oleh SkillsFuture Singapura (SSG), supaya mereka membangun program latihan yang sejajar dengan keperluan industri.

Agensi tersebut memberikan kemas kini pada 27 Januari mengenai langkah-langkah yang diambil untuk memperketat garis panduan pembiayaan kursus bagi memastikan mutu kursus. 

Ia mula berkuat kuasa pada 31 Disember 2025 dan perlu dipatuhi 500 penyedia latihan yang menawarkan 9,500 kursus, menurut SSG.

Perubahan itu meliputi kursus-kursus yang membangun kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaan atau kerjaya semasa seseorang. 

Beberapa kemahiran tersebut termasuk keselamatan dan kebersihan makanan, keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan kecemerlangan perkhidmatan.

Kursus yang membantu seseorang mempelajari kemahiran baru atau menyediakan mereka untuk beralih ke pekerjaan yang berbeza, seperti kursus dalam Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture, tidak terjejas oleh perubahan tersebut.

Mulai 31 Disember 2025, untuk kursus yang layak menerima pembiayaan semula, sekurang-kurangnya 40 peratus peserta mesti ditaja oleh majikan. 

Keperluan itu bertujuan menunjukkan kaitan industri, kerana kursus-kursus tersebut diperlukan dan diminta oleh majikan serta syarikat, kata SSG.

Mulai 1 Jun 2026, kursus yang memohon pembaharuan pembiayaan mesti memenuhi dua kriteria – mereka mesti memperoleh sekurang-kurangnya 75 peratus kadar respons untuk tinjauan Pengukuran Mutu dan Hasil Latihan (TRAQOM), dan tidak jatuh dalam kuartil rendah bagi penarafan TRAQOM.

Kursus baru yang dimohon oleh penyedia latihan untuk pembiayaan SSG mulai 31 Disember 2025 mesti memenuhi salah satu daripada dua kriteria tersebut.

Salah satu keperluan adalah sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kemahiran yang disampaikan dalam setiap kursus mesti berada dalam Senarai Kursus Kemahiran Diluluskan yang terdapat di laman web Training Partners Gateway.

Senarai itu merangkumi kemahiran yang dikenal pasti oleh SSG dan agensi pemerintah lain yang menyokong pekerjaan dengan pertumbuhan yang baik dan penting untuk ekonomi Singapura.

Sebagai alternatif, kursus boleh diiktiraf di bawah rangka kerja pembangunan profesional atau regulatori yang disokong oleh Badan Pengesahan Kursus yang dilantik di laman web Training Partners Gateway.

Badan itu mengesahkan kursus latihan berasaskan kemahiran wajib atau kursus yang diiktiraf oleh Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) yang diperlukan oleh agensi pemerintah atau entiti yang dilantik.

“Dengan perubahan baru ini, SSG menggalakkan penyedia latihan untuk mereka bentuk kursus yang lebih selaras dengan keperluan pasaran buruh dan majikan,” kata agensi itu lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg