Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gelagat pegawai trafik hiburkan pengguna jalan raya

Jun 21, 2023 | 5:53 PM
CUKUP MENGHIBURKAN: Dalam salah sebuah video, pegawai pengurusan trafik ini melambaikan tangannya mungkin untuk memberitahu kepada pemandu agar perlahankan kenderaan masing-masing, bak robot.
CUKUP MENGHIBURKAN: Dalam salah sebuah video, pegawai pengurusan trafik ini melambaikan tangannya mungkin untuk memberitahu kepada pemandu agar perlahankan kenderaan masing-masing, bak robot. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK SYIRAZY

Sementara menantikan lampu trafik bertukar hijau, pemandu dan pengguna jalan raya lain biasanya akan mengambil kesempatan untuk memeriksa mesej yang dihantar, mendengar radio sambil tersenyum sendiri, berbual dengan penumpang untuk seketika atau lain-lain.

Namun baru-baru ini, para pemandu di sebatang jalan raya di sini agak terhibur sementara menantikan trafik berpihak pada mereka sebelum menggerakkan kenderaan masing-masing.

Melihatkan gelagat seorang pegawai pengurusan trafik yang bergerak bak menari telah membuat beberapa pengguna jalan raya terhibur.

Apakan tidak, dalam dua video TikTok berasingan, gelagat pegawai sedemikian yang mengawal jalan raya yang sedang menjalani kerja-kerja pembaikan jelas menghiburkan.

Dalam salah sebuah video, pegawai tersebut dilihat melambai-lambaikan tangannya – seolah-olah memberitahu para pemandu agar memperlahankan kenderaan mereka semasa membelok ke kanan – dengan gerakan seperti “robot”.

Video pengguna TikTok syirazy itu berkapsyen “Sementara menantikan lampu trafik, tabik kepada lelaki ini kerana menceriakan saya, beliau sungguh hebat”.

View post on TikTok

Beberapa pengguna TikTok turut meninggalkan komen seperti dari bleepbleep:

“Menunggang selama lapan tahun, belum pernah melihat pengawal trafik sedemikian yang begitu minat.”

View post on TikTok

Dalam satu video berasingan oleh picflixr pula menunjukkan seorang pegawai pengurusan trafik sedang bergerak ala mendiang Michael Jackson menerusi gerakan yang dikenali sebagai Moonwalk itu.

Video itu turut mendapat pujian beberapa pengguna TikTok seperti dari Taishakuten yang menyatakan:

“Atasi keadaan cuaca saban hari selama berjam lamanya. Hormat.”

Tidak dapat dipastikan di mana kededua jalan raya tersebut dan sekiranya pegawai yang dirakam itu adalah sama.

Walau apa pun, syabas kepada pegawai tersebut kerana menghiburkan pengguna jalan raya kerana mengawal trafik dengan baik di sebalik keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg